Category Archives: Hobi

Tamiya AR Chassis Upgrade

Antara chassis yang pertama tamiya aku adalahTamiya AR Chassis. Ada sedikit ubah suai pada AR Chassis hasil rujukkan dalam YouTube.

Gambar dari belakang

Gambar dari belakang kereta. Sebelum ini part tamiya ini dipasang pada XX Chassis. Bila XX Chassis ada part yang patah, terpaksa guna AR Chassis yang lama ni.

Antara part yang telah dipotong dibahagian depan.

Ini pula part yang dipotong bahagian belakang.

Dah siap pasang. Inilah hasilnya.

Hobi Tamiya Sudah Bermula

Hampir 2 tahun aku berhenti dengan Tamiya Mini. Hasil daripada minat rakan di office, terus aku buka semula box tamiya bawah katil yang lama tersimpan. Berjumpa pula dengan rakan Tamiya, Azmi.. dah jadi Otai Tamiya pun dia. Dengan bantuan dia, dapat perbaiki sedikit setting pada Tamiya lama aku.

Tamiya XX Chassis lama.

 

Buka balik barang-barang Tamiya yang tersimpan bawah katil

 

Barang yang sudah dibeli Bateri Sanyo 950mAh, 4 biji RM48.00 dan tayar  di Kedai DYS, PKNS Shah Alam. Selain tu ada order online Ali Express.

Kedai DYS PKNS Shah Alam

 

Adjust sikit kasi power.. Hehe.. Tapi still slow.. Huhu

 

Bertahun tak masuk trek, ini kali masuk trek.

 

Upgrade sedikit XX Chassis, next project buat utk Super 2 Chassis.

 

Keris telah dicuci

Alhamdulillah 3 muharram yang lalu telah selesai cuci sebilah keris. Keris masih dijaga dengan rapi, proses cucian hanya meletakkan minyak mesin singer dan menggosok menggunakan berus bagi hilangkan kesan kotor pada keris. Menggunakan kaedah moden lebih mudah dan jimat.

Lagi pun keris tidak terlalu karat, mudah untuk dicuci. Hanya menjaga mata keris dan sisi elakkan daripada tumpul.

2016-10-10_07-48-18

2016-10-10_07-49-18

Keris Pamor Junjung Derajat Anak Sungai masih utuh seperti baru. Ada rezeki hendak memiliki sebilah badik untuk koleksi. Namun atas faktor ekonomi keluarga, terpaksa tahan untuk keperluan dahulu.

 

« Older Entries