Category Archives: Automotif

Tukar Tayar Motor

Semalam lepas solat asar aku bergerak dengan motorku ke bengkel motor. Cadang nak tukar tayar motor dibahagian hadapan. Tayar motor depan tak pernah tukar sebelum ini, awal tahun ini dah tukar tayar belakang. Ada rezeki sikit dapat tukar tayar baru.

Kedai yang dituju memang khas jual tayar motor sahaja, iaitu kedai Hatta Tayar.

img_20161108_115646

Sebelum ini kedai ini dibuka flat bersebelahan padang sekolah taman dato harun.

 

Yang bekerja dibengkel tayar ini adalah kawan masa sekolah menengah dulu. Lama juga tak jumpa dia. Last jumpa rasa 7 tahun lepas kalau tak silap.

Macam-macam brand tayar dan size ada. Yang penting sediakan duit.. Hehe

Macam-macam brand tayar dan size ada. Yang penting sediakan duit.. Hehe

Harga tayar

Harga tayar Pirelli Angel

Brand ini yang aku rasa harga rendah dan ada kualiti. Memang puas hati pakai tayar Pirelli .

Tayar depan dah buka, disebabkan tayar tak pernah buka, agak susah juga pomen nak buka nut skru.

Tayar depan dah buka, disebabkan tayar tak pernah buka, agak susah juga pomen nak buka nut skru.

Sedang menukar tayar

Sedang menukar tayar

Harga semua sekali siap pasang.

Harga semua sekali siap pasang.

Rasa lepas ini nak tukar spoket motor dengan rantai satu set, tapi tengah fikir-fikir bajet lagi.

 

Cuci kusyen kereta

Pagi tadi dalam pukul 10.40 pagi datang tukang service kusyen kereta.  Masa kerja lebih kurang dalam 1 jam 30 minit. Nampak mudah kerja,  tapi rumit untuk mengosok kesan kotor pada kusyen.

Mula dengan membersihkan ruang hadapan pemandu

Mula dengan membersihkan ruang hadapan pemandu

Kusyen depan kotor.

Kusyen depan kotor.

Diruang belakang lagi teruk kesan kotor.

Diruang belakang lagi teruk kesan kotor.

Mencuci selepas selesai sental kusyen dengan berus.

Mencuci selepas selesai sental kusyen dengan berus.

Ini mesin yang digunakan mencuci dan menyedut kotoran pada kusyen.

Ini mesin yang digunakan mencuci dan menyedut kotoran pada kusyen.

Sebelum dan Selepas cuci. 

FB_IMG_1469547265998

FB_IMG_1469547260962

FB_IMG_1469547297414

Air kotor yang disedut pada mesin vacuum.

FB service kusyen

FB service kusyen

Upah rm100. 00,  hasil kerja yang baik dan teliti.

 

Lampu Dashboard Kereta Menyala

Semalam isteri bawa kereta dgn anak-anak dan adik-adik isteri datang ke rumah mak. Isteri beritahu lampu dashboard menyala. Semalam hari ahad kebanyakkan bengkel kereta tutup. Cuba call pomen nak tanya berkenaan masalah lampu check engine menyala. Pomen cakap ia berkaitan dgn diagnosis dalam engine, perlukan alat untuk check masalah dalam sistem engine.

check_engine_lights

Contoh lampu dashboard pada kereta yang tertera masalah Engine.

Alhamdulillah hasil dari carian google, terjumpa satu blog yang berkongsi pengalaman berkenaan dengan masalah ini. Kebiasaan masalah ini disebabkan ECU yg mengawal sistem engine bermasalah. Namun ada juga masalah kecil dan kecuaian insan yang boleh berlaku masalah ini.

Apa yang dialami oleh aku disebabkan kecuaian insan yang tidak menutup tangki dengan sempurna. Udara berlebihan telah masuk dalam petrol dan engine hingga mengganggu sistem semasa proses pembakaran. Selepas aku buka semula penutup minyak dan tutup kembali dengan ketat, Alhamdulillah masalah lampu check engine yang menyala telah hilang.

Kadang kala disebab kecuaian kecil boleh berlaku masalah lebih besar jika tidak diambil kisah. Semua yang berlaku adalah pengalaman bagi aku. Dan perlu dititik beratkan.

 

Tayar Kereta Pecah

Semasa Isteriku pulang dari sekolah bersama dengan Anakku, aku terima panggilan dari isteriku yang mengatakan tayar belakang kereta pecah di kawasan Setia Alam. Alhamdulillah takde apa-apa masalah lain. Cuma tayar yang pecah.

Disebabkan isteriku berhenti kereta diluar kawasan Tol Plus, pihak Plus tidak dapat membantu atas alasan diluar kawasan mereka. Tapi nak buat macam mana, dah itu peraturan mereka. Jika dikira-kirakan dari jarak tempat berhenti dengan kawasan Tol Setia Alam jarak lebih kurang dalam 2.5 kilometer jika dikira dengan Google Maps.

Nasib baik ada abg ipar yang datang bantu utk menukar tayar.

IMG-20160106-WA0007

Keadaan tayar yang pecah. Tayar yang ini memang ada masalah, sebab angin selalu kurang jika dibanding tayar lain. Disebabkan tayar spare agak keras, untuk keselesaan aku tukar pada tayar baru.

P_20160106_175633

Kat bengkel Rahmat aku tukar tayar ni. Silverstone harga RM145. Buat masa ni aku puas hati service bengkel rahmat ni.
P_20160106_175602

InsyaAllah akhir tahun atau tahun depan nak tukar tayar baru.

 

« Older Entries