Category Archives: Aktiviti

Jalan-Jalan ke Putrajaya

Tengah hari semalam bersama dengan keluargaku berjalan-jalan ke putrajaya. Mula pergi ke pesta kanak-kanak Islam Malaysia.

img_20161204_140918

Pintu masuk ke Pesta Kanak-kanak Islam Malaysia.

Pintu masuk ke Pesta Kanak-kanak Islam Malaysia.

Selfie dengan anakku Uzma.

Selfie dengan anakku Uzma.

Berhenti sekejap dijambatan putrajaya

Berhenti sekejap dijambatan putrajaya

Singgah Taman Botani Putrajaya

Singgah Taman Botani Putrajaya

Ambil pemandangan ala Morocco.

Ambil pemandangan ala Morocco.

Cantik ukiran pintu. Uzma tak duduk diam.. Hehe.

Cantik ukiran pintu. Ulya tidur,  Uzma tak duduk diam.. Hehe.

Ulya masih tidur dan pemandangan tasik.

Ulya masih tidur dan pemandangan tasik.

Sekeliling penuh daun paku pakis.

Sekeliling penuh daun paku pakis.

Naik tempat tinggi ditaman botani. Rehat sebentar.

Naik tempat tinggi ditaman botani. Rehat sebentar.

Hampir sampai tempat tinggi. Tapi tak pergi jauh lagi. Sebab tak larat.

Hampir sampai tempat tinggi. Tapi tak pergi jauh lagi. Sebab tak larat. Sunyi dan tenteram suasana diatas sini.

Seronok Uzair main-main.

Seronok Uzair main-main.

Jambatan paling tinggi ditaman botani. Boleh tengok suasana dibawah.

Jambatan paling tinggi ditaman botani. Boleh tengok suasana dibawah. Berjalan atas jambatan ambil masa 2 minit.

Banyak lagi tempat yang tak pergi. InsyaAllah ada rezeki datang sini lagi, pegi kat tempat yang belum pergi.

 

Majlis Anugerah Pasti 2016

Hari ahad 20-11-16 pagi pukul 8.50 pagi sampai ke sekolah agama perepat, majlis sekolah pasti biasa buat disini. Seperti mana dalam jadual masa bermula pukul 8 untuk pendaftaran. Dah lewat datang ?

Suasana luar dewan.

Suasana luar dewan.

Uzair dengan kawan melayan Ulya.

Uzair dengan kawan melayan Ulya.

Dalam ruang solat, kanak-kanak bersiap disini.

Dalam ruang solat, kanak-kanak bersiap disini.

Ramai ibubapa yang hadir.

Ramai ibubapa yang hadir.

Penceramah memberi nasihat adab dan ilmu untuk anak-anak.

Penceramah memberi nasihat adab dan ilmu untuk anak-anak.

Uzair beratur dengan rakan-rakan.

Uzair beratur dengan rakan-rakan.

Uzair terima cenderahati.

Uzair terima cenderahati.

Dapat hadiah alat tulis. Jadilah..

Dapat hadiah alat tulis. Jadilah..

Nasyid dari kelas 5 Othman

 

Sebelum balik ambil gambar kenangan.

Sebelum balik ambil gambar kenangan.

Kedatangan Habib Umar

Aku bersama anakku hadir ke majlis tazkirah di Masjid Negeri, Shah Alam. Sampai dimasjid pada pukul 1130 pagi. Majlis ilmu bermula agak lewat, jika tak silap pukul 1230pm. Dalam jadual ditulis pukul 1 2.00pm .

 

img_20161028_124308

Ramai orang muda yang hadir untuk menerima ilmu dari Habib Umar.

Semoga anakku menjadi pewaris ulama.

Semoga anakku menjadi pewaris ulama.

Nak ajak wefie pun merajuk anak aku ni.

Nak ajak wefie pun merajuk anak aku ni.

InysaAllah ada rezeki akan pergi lagi ke majlis bersama anak-anak serta isteri .

 

Ke Pulau Besar, Melaka

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Dapat juga aku hadir ke pulau besar walaupun dari perancangan awal pergi sini dengan kawan-kawan. Disebabkan kawan-kawan ada urusan lain. Aku pergi bersama isteri dan anak-anak dgn seorang kawan iaitu Weldan.

Bertolak dari Taman Dato Harun dalam pukul 9.45am Sampai jeti Anjung Batu dalam 12.00pm.

Harga tiket boat pergi dan balik serta jadual

Harga tiket feri pergi dan balik serta jadual

Disebabkan feri dah bertolak pukul 12pm tadi, feri selepasnya ada pukul 2.30pm. Terpaksa menunggu di jeti sampai feri gerak 2.30pm. Buat sementara menunggu disurau ada dijeti.

Gambar tepi jeti

Gambar tepi jeti

Alhamdulillah dalam pukul 2.00pm, feri dah sedia ambil penumpang. Mungkin awal dia gerak sebab dah ada penumpang yang menunggu lama. Kalau ada 7 orang, boleh naik speed bot. Modal rm100 untuk pergi dan balik. Disebabkan tak cukup orang rasa rugi nak keluar modal rm100.

Suasana dalam feri

Suasana dalam feri

Masa feri dan bertolak air laut dah mula pasang, memang agak mendebarkan bila tak biasa naik feri atau boat dalam keadaan air pasang. Hati memang risau, hanya Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan hingga sampai ke jeti Pulau Besar.

Tak sangka dalam pulau ada tahfiz. Sempat ambil gambar baju sekolah tahfiz.

Tak sangka dalam pulau ada tahfiz. Sempat ambil gambar baju sekolah tahfiz.

Untuk gambar kenangan

Untuk gambar kenangan

Cuaca pulau nampak mendung, tapi tak hujan. Pergerakan pun mudah bersama keluarga. Tempat pertama dituju adalah makam Sheikh Ismail. Walaupun tempat diletakkan papan kenyataan larangan, namun masih ada yang lakukan juga perkara khurafat. Dilihat juga yang bukan beragama Islam datang ke makam untuk perkara yang tidak patut dilakukan. Sedih bila melihat makam Ulama tidak dihormati sebegitu.

Gambar dari jauh makam Sheikh Ismail

Gambar dari jauh makam Sheikh Ismail

Pengangkutan disana ada disediakan van, untuk seorang dewasa rm2. Kanak-kanak percuma. Tapi tak dapat jelajah keseluruhan pulau disebabkan kawasan yang sebelah ditutup. Hanya motor dan pejalan kaki boleh masuk. Ada pemandu van kata, jalan tak berapa elok. Sukar untuk kenderaan lalu disana.

Gambar weldan dimakam Tok Putih.

Gambar weldan dimakam Tok Putih.

Penjaga makam secara sukarela.

Penjaga makam secara sukarela.

Jumpa abang yang jaga makam Tok Janggut dan Tok Putih. Alhamdulillah ada yang jaga kebersihan kawasan ini walaupun tidak bergaji. Dapat juga aku sumbang sedikit,  semoga Allah permudahkan urusan beliau.

Anak - anak bermain tepi pantai

Anak – anak bermain tepi pantai

Leka anak main pasir dekat pokok.

Leka anak main pasir dekat pokok.

Pemandangan tepi pantai, nampak jeti pulau besar.

Pemandangan tepi pantai, nampak jeti pulau besar.

Jambatan menghubungkan jeti ke pulau besar.

Jambatan menghubungkan jeti ke pulau besar.

Dah penat berjalan separuh pulau, menunggu feri datang pukul 5.30pm. Sambil tu berehat dipondok disediakan.

Anak-anak bermain dipondok.

Anak-anak bermain dipondok.

InysaAllah ada rezeki nak datang lagi ke sini untuk jelajah seluruh pulau. Banyak tempat yang tak dapat dilawati disebabkan masa dan anak-anak yang letih agak sukar bergerak.

Alhamdulillah.

« Older Entries