Bukhoor dan Buku

Pada bulan febuari yang lepas, ada perkara baru yang aku pelajari iaitu bukhoor. Sebelum ini hanya melihat ia bukhoor dibakar dimasjid dan kedai-kedai arab. Ntah macam mana rasa teringin sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi berkenaan dengan bau-bauan. Bagi aku bau-bauan kasturi dan gaharu membawa sesuatu aura yang sukar untuk dijelaskan disini. Bagi mereka yang tidak biasa dengan bau kasturi dan lebih-lebih lagi bau gaharu, mungkin akan rasa tidak selesa kerana baunya yang kuat dan menyengat dihidung. Tetapi bagi aku bau gaharu ini menusuk kedalam sanubariku.

Dan dibulan ini juga ada pesta buku di shah alam. Macam biasa kami sekeluarga pergi pesta buku pada waktu yang tidak sibuk iaitu waktu orang sedang bekerja. Kerana memudahkan untuk mencari parking dan mudah untuk bergerak sambil mengawal anak-anak.

Alhamdulillah dapat berjumpa dengan penulis buku novel sejarah iaitu Pak Latip. Aku memang minat dengan hasil tulisan pak latip, lebih-lebih lagi sejarah melayu.

koleksi buku untuk awal tahun 2020. Minat aku dengan sejarah melayu tidak dapat dipisahkan. Dari situ juga dapat aku mengenal sosial, politik, ekonomi dan adat melayu sejak dari zaman dahulu-kala hingga sekarang ini. Apa yang baik kita amalan dan yang buruk dijadikan sempadan untuk kita mengenal erti hidup dimuka bumi Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *