Berkumpul Sebelum Bulan Ramadan

2pm, Sabtu 4 May 2019. Berkumpul adik beradik mertua untuk menyambut hari lahir Umie. Sambutan meriah kali ini dengan permandangan tasik mines.

Berkumpul sebelum menjamu selera. Kami sekeluarga hadir lewat sedikit.
Selepas selesai makan nasi arab didalam restoren, semua berkumpul diluar menunggu kek.
Kek dah sampai, ramai-ramai nyanyi lagu selamat hari lahir.
Masa untuk potong kek. Seronok sangat Uzma.
Gambar kenangan bersama keluarga kami.

Segala rezeki yang Allah SWT limpahkan kepada kami, kami bersyukur atas apa yang telah dikurniakan. Jadikan kami seorang yang bersyukur dengan nikmatMu. Semoga Allah SWT memberkati rezeki kami sekeluarga. amiin..