Perjalanan asal kami untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu isteri saya. Dan disebabkan minggu itu cuti sekolah, kami merancang jalan-jalan dikawasan Ipoh. Mula sarapan Roti Canai Pelangi di Sekinchan, selanjutnya singgah di Masjid tua di Sungai Besar (Masjid Panchang Bedena)
Seterusnya ke Kenduri berada di Sri Iskandar dan tidur bermalam di Manjung. Selepas checkout homestay, kami terus ke Sri Iskandar semula dan singgah makan di Bubur Perak. Ini adalah kali kedua kami makan disini, sebelum itu kami datang makan semasa kenduri kahwin sahabat di Sri Iskandar.
Selepas itu terus kami ke Ipoh melalui jalan dalam iaitu Sri Iskandar dan Batu Gajah. Ziarah sebenar ke Makam Syed Jalaluddin Ibni Syed Abdul Majid(Tok Keramat Pulau Pisang) dan Makam Makam Raja Bendahara Alang Iskandar. Bersih dan terjaga makam ini.
Masuk saja di kawasan Ipoh. Dapat juga pergi ke masjid tertua di Perak. Alhamdulilah cantik masjid. Lepas tu pergi ke Masjid Panglima Kinta.
Salah satu pengalaman yang best, pergi ke Tasik Cermin. Pertama kali bawak anak-anak ke kawasan gua dan melalui terowong untuk sampai ke tasik.
Di Ipoh banyak tempat yang menarik, tapi terlalu ramai orang melancong, jadi agak sukar untuk bergerak ke tempat yang dituju. Tempat yang paling mudah pergi dan tak ramai orang, adakah dimasjid. Rumah Allah saja yang tak ramai org 🙂
Di Taman Rekreasi Gunung Lang, ramai sangat orang. Tak dapat merasa naik bot pusing tasik. Ambil gambar sekeliling lepas tu ke Masjid Cina. Pertama kali masuk ke masjid cina. Seni bina memang terbaik, keadaan dalam masjid macam seperti berada ditaman bunga. Selain itu dapat juga anak merasa mandi disungai