Bercuti sebelum Bulan Ramadan

Alhamdulillah kami sekeluarga dapat bercuti sebelum bulan puasa dan bermula bulan puasa juga PKP akan dilaksanakan. Kami amat bersyukur pada Allah SWT segala rezeki yang telah diberikan kepadakan dan memudahkan urusan seharian kami.

Bercuti 2 hari 1 malan di Rumah Hutan menjadikan satu pengalaman pada kami yang bermalam didalam hutan. Alhamdulillah semuanya baik. Dengan suasana yang tenang amat berbaloi bagi mereka mencari tempat istirehat bersama keluarga dari kesibukkan bandar.

Kemudahan yang disediakan bagi kami memang lengkap. Cuma menu kedai makan disini agak terhad. Bagi pengemar ikan sungai, memang sajian disediakan mmg menyelerakan.

Sebelum pulang ke rumah. Kami singgah mandi sungai yang bersebelahan kawasan Rumah Hutan. Inilah percutian ringkas kami dan yang penting memang seronok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *