Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan rezeki pada kami. Selawat dan salam keatas nabi kita Muhammad SAW. Segala perancangan kami dalam 1bulan baik-baik belaka. Walaupun ada ujian demam pada kami sekeluarga, tarikh percutian terpaksa ditunda pada hari yang lain. Allah SWT telah mudahkan urusan kami, pergi dan pulang.
Bertolak dari rumah pukul 11am pada hari sabtu 30 Julai 2022 dan terus tempat parking kereta di sepang. Tempat parking kereta persendirian ini tidak jauh dari klia2, lebih kurang 10 minit perjalanan. Kos parking untuk 4 hari termasuk menghantar kami ke klia2 dalam rm70.
Perjalanan menaiki penerbangan dari klia2 ke langkawi mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam. Anak-anak pun alhamdulillah ok walaupun pertama kali diorang naik.
Sampai ke Langkawi dah pukul 5.30pm. Tak banyak aktiviti boleh buat pada lewat petang. Makan dulu lepas tu balik ke homestay. Kawasan di homestay ini berdekatan dengan sawah padi dan pemandangan bukit. Untuk hari kedua baru kami mulakan aktiviti.
Beras Terbakar, Kampung Raja.
Ke Pulau Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.
Underwater World
Makam Purba Langkawi
Air Terjun Termurun
Pantai Pasir Tengkorak
Kota Mahsuri
Nasi Dagang Pak Malau
Dataran Lang
Haji Ismail Group
Pantai Tanjung Rhu
Laksa Ikan Sekor
Balik dari Langkawi ke Klia2
Alhamdulillah percutian kami 4 hari 3 malam di Langkawi selesai. Banyak kenangan yang kami akan ingat semasa bercuti disini. Insh’Allah jika diizinkan Allah, ada rezeki dan kelapangan kami akan datang lagi.