Bercuti Akhir Tahun 2022

Alhamdulillah akhir tahun 2022 dapat juga berjalan-jalan bersama keluarga. Tujuan asal adalah pergi ke kenduri kahwin sepupu di Baling, Kedah. Sambil tu dalam perjalan pergi ke sana, dapat juga jalan-jalan ditempat lain. Bertolak dari rumah pukul 4.30 pagi dan sampai R&R Tapah 6.30 pagi untuk solat subuh. Dan bersarapan di Kuala Kangsar.

Selepas selesai bersarapan, tergerak hati untuk ziarah ke makam mufti pertama negeri perak, Daeng Selili yang tak jauh ditengah-tengah kampung di Bukit Chandan.

Seterusnya ziarah ke makam Tok Temong. Ini adalah kali kedua sampai disini, sebelum ini hanya singgah sebentar sebab waktu itu hari sudah hujan. Untuk kali ini dapat jalan-jalan dipersekitaran sungai perak. Makam dijaga dengan baik dan berborak juga dengan penjaga makam yang asal orang sini juga. Untuk turun melihat sungai, ada tangga yang disediakan. Berjumpa dengan saudara yang memancing disana.

Dan perjalanan diteruskan, lalu ke daerah Lenggong, Perak. Antara yang menarik disini adalah Tasik Raban. Dapat rehat sebenar disini, sambil tu anak-anak bermain di taman permainan.

Diteruskan lagi perjalanan dan singgah sebenar di makam Tok Saban. Beliau adalah abang kepada Tok Temong yang tewas ditangan Megat Terawis atas arahan Sultan Muzaffar Shah (Sultan Perak Pertama) untuk memerangi Tok Saban. Makam ini berdekatan dengan jalan besar dan bersebelahan dengan sekolah agama. Jadi mudah untuk ke sana. Dari cerita yang saya baca, makam asal terletak jauh dan telah dipindahkan makam yang asal ke sini.

Pada waktu malam, dapat kami semua mandi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong yang berada didaerah Baling, Kedah. Ramai penggunjung walaupun jam sudah hampir 12 tengah malam.

Salah satu yang menarik adalah Masjid Lama Pengkalan Kakap yang terletak di Merbok, Kedah. Homestay yang diduduki dalam satu daerah di Merbok. Maklumat dari Utusan Online “MASJID Lama Pengkalan Kakap, Merbok yang terletak berhampiran dengan kaki Gunung Jerai dan Lembah Bujang di Merbok, Sungai Petani, Kedah merupakan salah sebuah masjid tertua di negeri ini. Masjid tersebut yang mewarisi seni bina rumah Melayu tradisional dibina sekitar tahun 1800 oleh seorang tukang bernama Tok Man dan di bawah senggaraan Penghulu Haji Md. Salleh. Bahagian utama masjid itu berbentuk”

Homestay kami booking berdekatan dengan tepi sawah padi. Dari dalam rumah boleh dilihat sawah padi yang menguning melalui tingkap.

Jika dah sampai ke negeri Kedah, rasa tak lengkap kalau tak naik ke Gunung Jerai. Seperti biasa singgah tempat yang sama. Cuma tak naik ke Dataran Tok Sheikh sebab waktu tu ramai sangat orang yang hadir ke sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!