Kata orang tua, luas perjalanan luas pemandangan. Niat pertama datang ke Nilai, Negeri Sembilan untuk pasang roof box untuk kereta Aruz. Disebabkan hendak datang ke sini, rancangan pula destinasi yang lain. Dalam minggu itu, dapat mencatat dan mencari maklumat sebelum ke destinasi yang ingin dituju.
Seperti dengan perancangan pertama, memasang roof box. Dalam 9.30 pagi telah bergerak keluar rumah. Sampai di kedai aksesori dalam 10.30 pagi. Setelah selesai pasang roof box dan menunggu ambil masa dalam 1jam 30min, terus bergerak ke rumah bekas rakan kerja, encik Awang ex manager shinjiru. Last 2 tahun lepas jumpa dia.
Kami ziarah ke masjid kedua tertua di Negeri Sembilan. Tidak jauh dari masjid ada tanah perkuburan lama serta makam Ulama Sheikh Hj Jamaluddin Al-Linggi. Di masjid ada disediakan perigi dan dibenarkan untuk mandi diperigi ini. Dah lama tak mandi air perigi, seronok dapat mandi dengan anak-anak.
Selepas selesai mandi diperigi masjid, kami terus komplek pengkalan kempas, ziarah makam Ulama Sheikh Ahmad Makhtum.
Hampir saja nak senja, sebelum keluar tanah Rembau, ziarah makam Raja Melewar. Alhamdulillah makam telah dinaiktaraf untuk menjaga sejarah raja pertama di negeri sembilan.