Bagan Datuk, Lumut, Ke Perak Kita

Rasanya sudah lama tidak datang ke sini. Lebih-lebih lagi masuk ke Pangkor. Namun untuk kali ini hanya melawat tempat-tempat dan ziarah di Bandar Manjung, Lumut. Sebelum sampai di Bandar Manjung. Singgah dulu ke Bagan Datok. Nampak sedikit perubahan yang ada di Bagan Datok, lebih-lebih lagi dengan jeti yang menarik untuk tarikan pengunjung disini.

Jeti Beting Beras Basah, tempat sejarah sebelum terbentuk negeri Perak. Ini adalah pertama kali menjejak kaki disini. Suasana disini cukup tenang dan jauh daripada kampung.

Sempat ambil gambar Di Jeti Bagan Datuk yang sudah berubah baru. Memang cantik selepas dinaiktaraf kawasan disekeliling jeti. Semasa dalam perjalanan ke jeti, sempat ambil gambar Masjid Sungai Lanchang & Kampung Opah di Pasang Api.

Salah satu tempat menarik di Lumut adalah Pantai Teluk Batik. Pagi-pagi lagi lepas checkout hotel yang terletak ditengah-tengah pekan Teluk Batik, terus mandi dipantai.

Taman Paya Bakau terletak dikawasan perumahan di Manjung. Tempat ini memang tenang & aman. Walaupun banyak monyet, ia tidak menganggu mengunjung yang masuk ke dalam kawasan paya. Cuma tidak dibenarkan memberi makan pada monyet didalam kawasan paya.

Inilah percutian penutup tahun 2020 untuk kami sekeluarga. Insha’Allah ada rezeki tahun 2021 kami akan melancong di Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *