Badik Toasi Antik

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah SWT berikan, dapat jua memiliki badik Toasi. Badik ini dibeli dari saudara Sufi. Sebelum ini keris juga dibeli pada penjual yang sama. Memang puas hati dari segi harga dan layanan saudara sufi.

Berjumpa dengan bapa mertua Ulin untuk mendengar nasihat dan tunjuk ajar cara menyimpan senjata antik.
Mencuci badik bagi membuang kekotoran zahir dan batin pada badik.

Inilah senjata warisan yang masih aku jaga. Tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Barang yang lama akan reput dan yang reput itulah yang banyak berjasa.