Bagi aku aktiviti yang seronok dan tenang adalah bersama dengan keluarga tersayang dihujung minggu. Minggu ini aku apply cuti hari jumaat. Jadi waktu istirehat minggu ini lebih lama. Seperti yang telah aku rancang Alhamdulillah jadi.
Tengok wayang cerita Mechamato bersama anak dan anak saudara.
Jalan-jalan ke Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam bersama keluarga. Berada disini saja hampir 3 jam lebih. Anak-anak pun seronok datang ke sini. Dapat lihat sejarah-sejarah yang lepas untuk pengetahuan. Aku hanya ambil gambar-gambar yang aku rasa menarik, sebab terlalu banyak barang sejarah yang ada disini.
Agak lama rasanya dah tak pergi muzium negara, tak silap kali terakhir semasa zaman sekolah rendah dulu. Dan hari tu dapat juga hadir ke sini bersama keluarga.
Sesudah selesai di muzium negara. Terus bergerak ke muzium kesenian islam yang jarak ke sini dalam 10 minit. Antara pameran sejarah terbaru adalah Keris Sultan dari zaman Johor-Riau, koleksi dari Sultan Selangor dan juga Pending.
Selain itu ada keris sundang. Memang cantik sundang ni.
Ini antara maksud yang tertulis yang biasa ada pada bilah keris.
Kitab Ramalan untuk membuat keris pada zaman dahulu.
Antara lainnya senjata dari zaman Kesultanan Islam di arab, parsi, turki dan india.
Terdapat juga kiswah Kaabah serta model Makkah, Masjid Nabawi dan masjid silam di tanah melayu.
Dan barang serta pakaian zaman silam.
Yang paling menarik Al Quran dan kitab yang pernah digunakan sejak dari zaman berzaman turun dipamerkan.
Barang-Barang didalam muzium terlalu banyak dan boleh dikatakan barang-barang antik bernilai dan berkualiti memang terdapat disini.