31 Julai 2022/ 2 Muharram 1444H
Dukacita dimaklumkan Ybhg Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur. Allahyarham dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya.
Begitulah laporan dari FB Abdul Khalid Ibrahim. Banyak jasa beliau pada rakyat negeri Selangor khususnya. Macam-macam bantuan telah beliau perkenalkan untuk kemudahan dan kegunaan rakyat Selangor semenjak beliau menjadi menteri besar selangor. Alhamdulillah dapat ziarah ke pusara beliau dan juga bekas menteri besar dan pusara bekas mufti negeri selangor.
Semoga jiwa anak-anakku yang baru ingin membesar bersama dengan Ulama dan Pemimpin yang adil.