Monthly Archives: March 2022

Pusing-Pusing Kedah

Perancangan kami sekeluarga berjalan dengan lancar. Alhamdulillah segala aturan telah ditetapkan Allah SWT. Percutian kami 4 hari 3 malam di Sungai Petani, Gunung Jerai dan Alor Star.

Hari pertama kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.15 pagi, sampai ke Taiping, Perak. Dapat ziarah ke pusara Dr Burhanuddin Helmi . Jasa dan semangat perjuangan beliau masih terpahat dihati ini.

Selanjutnya singgah ke makam Daeng Parani. Sebelum ini aku hanya dapat membaca kisah beliau dan hari itu aku dapat ziarah ke pusara beliau.

Sebelum singgah ke hotel, kami pergi riadah di Pantai Merdeka. Jarak dari bandar Sg Petani ke Pantai Merdeka lebih kurang dalam 30 minit. Cuaca memang panas, mudah urusan kami untuk bergerak. Risau juga kalau hujan susah juga nak jalan bawa anak-anak.

Malam pertama tidur di hotel Sungai Petani, selepas bermakan malam, singgah di Dataran Jam.

Hari kedua kami menziarahi ke makam Sultan Kedah yang pertama masuk Islam, iaitu Sultan Mudzaffar Shah I. Kerana jasa beliau, ramai orang-orang melayu masuk Islam. Semuanya dengan atas izin Allah SWT.

Selanjutnya perjalanan kami diteruskan melawat tapak Kerajaan Melayu Purba, Kedah Tua.

Dan diterus pula ke candi-candi purba, sebelum nenek moyang orang melayu masuk Islam. Disini tempat mereka beribadah. Alhamdulillah Allah SWT telah membuka taufik dan hidayah pada nenek moyang kami untuk menerima Islam dan mengamalkan ibadah seperti yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta para Nabi-nabi terdahulu.

Sebelum naik ke Gunung Jerai, kami semua jalan-jalan ke Jeti Tanjung Dawai bergambar untuk kenangan.

Bercuti di Gunung Jerai adalah satu pengalaman yang menyeronokkan untuk kami sekeluarga. Terutama sekali bila pergi ke Telaga Tok Sheikh dan naik ke Padang Tok Sheikh. Kami tidur satu malam di Hotel Jerai Hill.

Selepas checkout hotel, kami pergi ke Telaga Tok Sheikh dan Padang Tok Sheikh dengan menaiki van. Beruntung kami bila naik ke padang tok sheikh, kami dapat berjumpa dengan pakcik Mamu dan pakcik Asnil. Dapat juga kami berkenalan dan mengetahui serba sedikit sejarah.

Selepas kami turun dari Gunung Jerai, kami destinasi selanjutnya ke Bandar Alor Setar. Kami terus menuju ke Kota Kuala Kedah. Kami melihat peninggalan sejarah yang ada disini. Kami sampai disini agak lewat, muzium baru sahaja ditutup.

Hari keempat adalah hari terakhir kami di Kedah. Kami melawat tempat yang berada disekitar Alor Setar.

Masjid Zahir, Alor Setar

Rumah Merdeka

Inilah salah satu pengalaman dan kenangan kami bercuti di Kedah. Insha’Allah ada rezeki kami hadir.