Monthly Archives: January 2022

Naik Taraf Server

Website blog aku yang sebelum ini menggunakan operasi sistem Centos 7. Control Panel pula menggunakan VestaCP, sudah lebih 3 tahun blogaku.info menggunakan platform VestaCP. Dan akhirnya akan ingin berubah angin bagi menaiktaraf operasi sistem dari Centos 7 kepada Centos 8. Server masih lagi menggunakan VPS, cuma berpindah dari container yang lain.

Untuk kali ini aku telah menggabungkan blogaku.info dan prtsrc.xyz dalam satu server yang sama supaya memudahkan aku untuk mengguruskan kedua-dua website. Prtsrc.xyz adalah website kedua aku, ia digunakan untuk tujuaan penyimpanan gambar bagi tujuaan perkongsian. Konsepnya sama seperti Lightshot, cuma bezanya aplikasi untuk memuatnaik gambar menggunakan ShareX dan FTP dalam ShareX akan memuatnaik gambar ke dalan server berserta dengan nama gambar yang teleh di generate secara auto.

Seperti dengan berita Centos yang akan bertukar pada enterprise, aku terpaksa menukar versi Centos 8 yang sedia-ada kepada Centos Stream. Ini kerana versi Centos 8 yang telah end-of-life pada 31 disember 2021.

« Older Entries