Monthly Archives: October 2020

Ganti Thermal Paste utk Laptop

Laptop Nitro 5 aku dah pakai hampir 4 atau 5 tahun. Sejak awal tahun ni nampak kerap panas CPU & GPU. Lebih-lebih lagi selepas motherboard problem masa masuk SSD, katanya kena Bios Shock. Masa nak pasang SSD tu aku tak cabut bateri laptop. Berbeza dengan laptop lama, bateri diluar dan senang dicabut. Tapi laptop versi sekarang ni bateri didalam. Selepas dah hantar kedai laptop di Kampung Pandan, masalah dah setel tapi problem pada graphic. Tak boleh nak main game guna graphic yang tinggi. Nampaknya kena guna laptop hanya utk tengok video dan browse website je.

Aku lupa pula ambil gambar masa letak therma paste. Lepas dah cuci therma paste yang lama dan letak yang baru, Selanjutnya pasang balik laptop. Dah on power, tiba-tiba meragam pulak. Lama juga nak troubleshoot benda ni. Ingat problem bios shock lagi. Rupanya RAM yang problem, nasib baik RAM 8GB. Jadi masih ada lagi satu slot RAM 16GB.

Aku pun tak nampak sangat beza selepas letak therma paste, cuma sekarang ni takde cepat hang laptop ni. Apa-apa pun semua berjalan dengan lancar.