Monthly Archives: June 2020

Blogaku update backend

Dah lama tak update beberapa fungsi pada wordpress dan juga server. Sebelum ini blogaku menggunakan php 7.0, disebabkan plugin Site Health kerap kali memaparkan wordpress menggunakan php version outdated. Aku rasakan memang perlu update pada php yang baru. Dari banyak-banyak PHP version, PHP 7.4 yang terbaru. Dan Alhamdulillah website berfungsi dengan baik selepas update ke PHP 7.4.

Blogaku menggunakan control panel VestaCP, mula-mula terfikir nak upgrade Centos 7 kepada Centos 8. Tapi bila dilihat dari forum VestaCP, komen dari mereka,Centos 8 tidak stabil digunakan VestaCP untuk buat masa ini.

Bagi melancarkan lagi load performance untuk website, aku menukar plugin cache kepada WP Rocket premium. Sebelum ini menggunakan WP Fastest Cache free version. Nampak ada perbezaan sedikit dari kenaikkan score dari PageSpeed Insight. Lebih-lebih lagi dengan gabungan dengan plugin cloudflare, ia menambahkan lagi cache web blogaku.

Dari cache melalui server, aku lebih suka menggunakan PHP extension OPcache , memcached dan Redis. Nampak perbezaan kelajuan lepas cache ini install dalam server. Biasanya aku menggunakan WHM/cPanel, kerana extension ini sedia ada dalam EasyApache 4 dalam WHM, hanya perlu tick untuk install dan enable kan. Bagi VestaCP perlu, ia perlu install menggunakan yum dalam terminal. Tapi ntah kenapa Redis extension keluar error unable to load, dalam WHM/cPanel ok je.

Selepas selesai install dan update, proses untuk kita test pulak. Dari keputusan yang diterima, nampak peningkatan score dari browser Mobile. Namun dari Desktop tidak jauh beza pun dari peningkatan.

Site Health pun dah bagi review Great Job.. huhu

Ada rezeki dan waktu lapang nanti, mungkin akan cuba menukar theme blogaku. Itu pun kalau aku rajin.. hahaha