Sebelum bermula perintah berkurung di Malaysia, sempat lagi kami sekeluarga bercuti ke Melaka. Memang dah lama merancang, cuma baru kini ada rezeki bercuti ke sini. Selain dari melawat ditempat sejarah dimelaka, dapat juga jumpa sahabat di Alor Gajah Melaka. Tukang buat keris, Rosdi. Kami bercuti dimelaka selama 3 hari 2 malam. Memang puas hati rasanya bila dapat berjalan-jalan disatu bandar dalam 3 hari berturut-turut.
Sebelum masuk ke bandar melaka, melalui jalan Alor Gajah. Tujuan ini berjumpa sahabat, tetapi ternampak papan tanda makam Dol Said, terus aku menuju ke sana.
Makam dan Masjid di Melaka agak berbeza dengan negeri-negeri lain. Ini kerana pengaruh buddha-hindu dapat disaksikan disini. Setiap kurun akan membezakan ciri-ciri masyarakat melayu ditanah melayu diwaktu itu.
Singgah ke muzium Naning. Tapi tutup pulak, penjaganya keluar rehat. Nak tunggu lama sangat, jadi kami sekeluarga berkelah dipondok sebelah muzium untuk makan tengah hari.
Selain dari melawat makam bersejarah, dapat juga menambah ilmu pengetahuan berkenaan keris dan senjata melayu. Dapat melihat koleksi keris dibengkel seni. insha’Allah ada rezeki nanti siap keris yang ditempah.
Disini dikatakan makam tanda Hang Tuah dan dikatakan juga makam sebenar dipulau bentan. Ada juga mengatakan dimelaka. Pelbagai pandangan yang aku dengar dan yang paling penting adalah sedekahkan Al Fatihah pada yang telah pergi selamanya.
Masjid Kampung Kling, masjid ini tidak jauh dengan makam Hang Jebat dan Hang Kasturi.
Makam Hang Jebat, agak luas juga kawasan makam dan juga dijaga dengan baik. Tempat pun bersih.
Makam Hang Kasturi, ia terletak ditepi jalan. Agak sibuk keadaan jalan pada waktu tu. Sempat berehat disini walaupun tempat agak kecil. Yang menjadi menarik makam ini disebabkan ada pokok bunga kemboja. Harum wangi baunya.
Masjid Kampung Pengkalan Hulu. Pernah terbaca dikolah air masjid ini ada digunakan untuk tujuaan perubatan.
Antara makanan yang popular di Melaka adalah Asam Pedas. Menu makan ringkas-ringkas je. Rasa asam pedas pun ok.
Perigi Hang Tuah. Jernih air perigi, dapat merasa basuh muka dengan air perigi hang tuah. Tak banyak dapat jumpa air perigi yang bersih.
Muzium Hang Tuah. Tak jauh dengan perigi hang tuah, banyak tempat boleh dilawati diluar muzium. Anak-anak pun suka dapat berjalan-jalan.
Sebelum checkout Hotel Swiss Garden Melaka dapat bergambar dulu untuk kenangan.
Perjalanan kali ini agak berhati-hati, ini disebabkan jangkitan covid-19 agak kecoh diperkatakan waktu itu. Semasa aktiviti perjalanan kami dibuat, waktu tu perintah kawalan masih belum berkuat-kuasa. Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang segalanya baik-baik dipermudahkan Allah SWT.
Dan tak lupa hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 9 tahun. Semoga Allah SWT mengurniakan kebahagian dan dimurahkan rezeki pada kami sekeluarga. Amiin..