Makam DiRaja Selangor
Terletak ditengah-tengah bandar Shah Alam. Makam DiRaja Selangor terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Shah Alam. Tidak banyak info yang aku cari berkenaan dengan makam disini, tetapi yang membuat aku teruja untuk sampai ke sini disebabkan ada 2 kubur insan yang pernah berbakti pada negeri Selangor.
Bekas Mufti Selangor Dato Haji Ishak Bin Baharom
Bekas Menteri Besar Selangor Dato Haji Abu Hassan Bin Omar
Dan yang ini kubur Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Suasana diperkarangan makan diraja ini cukup tenang ia ibarat seperti berada ditaman bunga. Memang makam diraja ini cukup dijaga rapi. Dan beruntunglah bagi mereka yang mengerjakan amal soleh serta menjaga syariatnya kerana diakhirat kelak amal baik yang dilakukan akan membantu mereka disana.