Monthly Archives: June 2019

Hari Raya 2019

Tahun ni awal raya hanya dapat merasa pertama dan kedua hari raya saja. Raya ketiga dah mula bekerja. Raya disini saja tak pulang ke kampung. Lagi pun makcik dan pakcik ada yang beraya disini. Anak-anak dan isteri duduk dirumah saja sampai Abah habis keje 4 hari.

Malam raya, beli lemang tapi ramai sgt orang. Beratur hampir 2 jam. Tapi rasa lemang mmg sedap dan berbaloi.
Kedai lemang ni dipanggil lemang 12. Antara kedai lemang yang top kat area sini.
Hari raya pertama dirumah Umie dan Walid. Tahun ni tema warna dark blue.
Bergambar bersama dirumah Mak Anjang Kamilah.
Dapat jumpa artis nasyid Ustaz Amal dihari raya kedua kat masjid kampung sementa.
Raya kedua tema warna pink
Dan yang tinggal kenangan adalah Mak Anjang Kamilah. Alhamdulillah dapat beraya dirumahnya. (Copy gambar dari FB anaknya, mungkin gambar lama.) Dan itu juga kali terakhir aku melihat dia dihari raya pertama. Semoga Allah ampunkan segala dosa dan tempatkan ia bersama golongan beriman dan beramal soleh. Amiin.

Apa yang Allah SWT telah kurniakan pada kita adalah pinjaman saja. Baik yang kaya dengan dugaan kayanya dan yang miskin dugaan miskinnya. Yang sihat dugaan dimasa sihat serta yang sakit dugaan diwaktu sakit. Yang akan kekal selamanya adalah diakhirat kelak, apa yang kita lakukan didunia, keputusan dugaan akan menentukan tempat kita di syurga atau neraka.

« Older Entries