Tukar Kasut Kereta

Rasa dah 2 tahun lebih pakai tayar Silverstone. Tapi tayar dah hampir botak. Tayar ni agak cepat haus jika dibandingkan dengan tayar pakai sebelum ini tayar Michelin. Bermodalkan rm400, tukar 2 biji tayar yang bermasalah saja. Brand kali ini Yokohama. Sebiji rm165, tayar size 14.

Paling ketara block sebelah tepi nampak haus.

Semasa pegi dan dan balik dari pulau pangkor memang terasa tayar belakang tak berapa cengkam. Lebih lagi waktu hujan. Untuk lebih keselamatan dan keselesaan memandu tayar perlu ditukar.

Macam biasa tukar tayar dibengkel Rahmat.