Mari Memasang Lego

Tamat peperiksaan akhir tahun untuk darjah 1. Keputusan sekolah kebangsaan dan sekolah agama hanya cukup-cukup makan. Untuk bagi semangat pada Uzair belikan dia hadiah. Hadiah biasa-biasa, itu saja yang mampu. Yang dia pilih adalah lego. Tak beli brand lego yang original sebab mahal, beli yang cap ayam brand. Itu pun harga nak dekat rm40.

Beli dipasaraya mydin subang. Lego yang telah siap pasang termasuk nota manual. Itu pun Abah dia pasangkan, kalau Uzair buat memang tak siap.

Uzair dan Kereta Kebalnya.

Sticker dah dipasang nampak menarik sikit.

Siap ada askar 2 orang.

Proses pemasangan tak sampai 1 jam. Jadilah untuk mengembirakan hati anak. Ada rezeki Abah belikan yang lain.