Kemaman dan Kuantan

3 hari 2 malam bercuti di bandar Cukai, Kemaman dan hanya sekejap saja berada di Kuantan. Hadir disini berlangsung majlis perkahwinan anak sulong Andak. Majlis bermula jam 6ptg hingga 12mlm (10-11-2018). Tak sempat ambil gambar pengantin sbb sibuk menjaga anak. Sampai di Kemaman dalam pukul 1.30ptg. Jalan highway dari Gombak hingga bandar Cukai berjalan lancar tanpa gangguan jalan raya.

Sampai dibandar cukai terus cari hotel yang dah booking dari agoda.

Seronok anak2 dapat baring kat hotel.. hehe

Tak banyak aktiviti ada untuk anak-anak disini. Melainkan Pantai dan Zoo Kemaman. Hari kedua pergi ke zoo. Kat sini tak banyak sangat binatang. Masih lagi dalam proses menaikkan taraf zoo disini. Untuk bawa anak-anak disini mmg satu pengalaman menarik.

Pintu masuk zoo kemaman

Harga tiket masuk pun berpatutan.

Main buaian dalam zoo.

Dapat rakam beberapa video menarik zoo kemaman untuk kenangan.

🤳 sebelum balik dari zoo.

Untuk hari ketiga sebelum balik ke PJ. Mencari makanan ringan untuk dijamu selera. Antaranya adalah otak-otak, sata dan keropok.

Dapat merasa otak-otak dan sata Kemaman

Terbaik otak-otak kat sini

Aktiviti selanjutnya adalah jalan-jalan dipantai. Pantai Mak Nik, Pantai Chendor dan Pantai Teluk Cempedak. Yang paling terbaik adalah pantai teluk cempedek. Dari segi pemandangan dan suasana mmg pantai teluk cempedak sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Rasa belum cukup puas berjalan di Kuantan Pahang. Banyak lagi tempat disini tak sempat dilawati. InshaAllah ada rezeki akan bercuti di Kuantan bersama dgn keluarga.