Monthly Archives: November 2018

Majlis Berkhatan Uzair

Alhamdulillah pagi tadi selesai sudah Uzair bersunat. Hadir ke masjid kampung sementa dalam pukul 8 pagi untuk memgambil nombor giliran. Sebelum jam 8 pagi dah ramai yang beratur untuk ambil nombor giliran. Uzair dapat tempat ke 37.

Wefie dengan Uzair untuk gambar kenangan.

Dapat nombor giliran 37.

Bergambar dengan kereta bomba dgn mubasyir, nawfal, ramadan dan uzair.

Majlis khatan dirasmikan oleh yb kg sementa.

Peserta bersiap sedia berarak beramai-ramai pusing sekeliling masjid sambil bersalawat.

 

Sebelum khatan bermula, mandi dulu ramai-ramai.

Seronok sakan diorang mandi. Jap lagi sunat nangis la.. haha..

Ramai-ramai bergambar dengan abang bomba. Terima kasih bomba.

Gambar dari dekat Uzair bersama peserta dan bomba.

Bomba nak balik, dah selesai mandikan budak.

Menunggu dengan penuh mendebarkan.

Tunjuk nombor giliran masing-masing.

Dalam proses tenangkan Uzair yang menangis. Kata doktor kesakitan satu pengorbanan. Ramadan ada disebelah ditenangkan oleh atoknya.

Ni gambar Uzair dah sunat. Baring sekejap dalam masjid.

Sebelum pukul 12pm Uzair dah selesai sunat. Masa cucuk bios nangis juga dia sebab sakit. Cara sunat pakai laser, tapi tengok macam besi panas je. First time juga aku lihat dari dekat proses sunat dilakukan dari mula sampai selesai. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat semuanya berjaya dengan baik. Semoga Uzair segera sembuh dan selamat berpantang.

« Older Entries