Monthly Archives: October 2018

Ziarah Di Pulau Pangkor

Dah lama tak sampai disini. Kali terakhir 3 tahun lepas kalau tak silap. Dapat berita kematian Ngah Redah 7pm 7 Oktober 2018, terus tak jadi pegi kerja. Masa tu kerja shift malam. Dapat apply cuti 2 hari. Malam tu juga bertolak, tapi bermalam dirumah abg atan pangkor. Esok pagi tu baru masuk ke pulau pangkor.

Sampai di jeti pulau pangkor

Semasa orang dirumah dalam proses menguruskan jenazah. Aku bawa anak ke kota belanda terletak tepi rumah Ngah.

Dulu masa kecik main lari-lari kat sini.

 

 

Cuaca hari tu memang panas. Singgah gerai tepi jalan, beli teh o ais.

Alhamdulillah jenazah selesai dikebumikan dalam pukul 10pagi. Ramai sedara mara hadir. Lebih-lebih lagi anak sedara dan sepupu. Dan ada yang lama tak jumpa, masing-masing usia dah makin bertambah.

Selepas selesai solat asar dirumah Mak Ngah dipekan pangkor dan melawat rumah makcik dan pakcik. Dalam pukul 6 baru pegi jeti untuk balik ke lumut.

Suasana pemandangan senja di jeti marina terletak berhampiran pantai diteluk batik.

Sebelum balik ke rumah, lepas solat maghrib dimasjid pekan lumut. Singgah makan direstoren tak jauh dari jeti lumut.

« Older Entries