Monthly Archives: September 2018

Ke Bukit Jugra

Isnin 10/9/18, pukul 11.30 pagi bertolak dari kampung sementa ke bukit jugra, banting. Perjalanan dalam 1 jam. Alhamdulillah sampai ke puncak bukit jugra dalam pukul 12.30 tengah hari. Mendaki dengan kereta ke puncak mencabar sedikit, lebih-lebih lagi jarang memandu dalam kawasan tinggi. Waktu tu cuaca tidak terlalu panas, jadi mudah nak bawa anak-anak berjalan lihat sekeliling bukit jugra.

 

Sebelum naik ke atas Bukit Jugra, ambil gambar Selamat Datang.

Melihat sungai hulu langgat dan kawasan sekeliling.

Diatas bukit jugra, dapat lihat 2 orang main paragliding.

Ambil kenangan gambar rumah api. Kat bukit jugra tak sempat nak bergambar sama keluarga, sebab Uzma meragam nak aiskrim.

Wefie dalam kereta.. hehe

 

Dalam pukul 1.00pm turun dari bukit jugra nak singgah ke makam sultan abdul samad. Dah nak masuk waktu zohor, jadi singgah ke masjid berdekatan untuk solat zohor. Sudah selesai solat, terus ke destinasi ke makam. Tak jauh dari masjid untuk ke makam sultan abdul samad. Dari pembacaan dan rujukkan, sultan abdul samad adalah orang-orang alim dengan ilmu agama. Ada juga mengatakan beliau adalah wali Allah. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui perkara ghaib.

 

Pintu masuk ke makam Sultan Abdul Samad. Pernah pergi ke sini dulu, kalau tak silap tahun 1995. Waktu tu aku umur 11 tahun.

Uzair dan Uzma bergambar pintu masuk ke dalam makam.

Bila sudah mati, yang tinggal didunia hanya nama kita saja. Dari nama kita juga orang akan mengingat dan mendoakan kita.

Dari luar makam, nampak macam istana. Keadaan sekeliling nampak cantik dan tersusun.

Selepas selesai melawat makam, kami ke tapak istana lama iaitu Istana Bandar. Dari makam ke istana bandar ambil masa 5 minit saja. Sampai saja di istana bandar dan parking dalam perkarangan istana. Keluar dari kereta hendak melawat dalam istana, dipelawa oleh penjaga istana bandar untuk menerangankan sejarah dan salahsilah istana bandar dan kerabat diraja Selangor. Banyak maklumat yang disampaikan pada kami.

 

Pintu masuk ke dalam Istana Bandar. Tapi pintu hadapan tak boleh dibuka, kena masuk dari pintu bawah.

Wefie bersama keluarga tersayang.

Dapat record video suasana luar dan dalam istana bandar. Istana dibina pada tahun 1899.

 

Sesudah selesai ronda ke dalam istana bandar, kami ke pantai morib. Sampai dipantai morib dalam pukul 4.00pm. memang ramai hari tu. Hari cuti yang dipertuan agong jatuh pada hari ahad 9/9/18. Jadi hari sini sebagai cuti ganti. Esoknya 10/9/18 pula adalah Awal Muharam.

 

Air laut pantai morib dah pasang. Petang tu angin agak kurang. Jadi terasa bahang ditepi pantai.

Jalan-jalan tepi pantai. Nak mandi tak boleh, sebab air agak keroh. lagi pun tak sesuai untuk kanak-kanak mandi disini.

Sebelum nak balik, Ulfa nak manja dengan Abah.

Dalam pukul 5.30pm bertolak balik ke klang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. InshaAllah ada rezeki akan bercuti ke negeri sembilan bersama keluarga.

 

« Older Entries