PRU14 – Mengajar Erti Pengalaman

Dah selesai mengundi di Dewan Taman Dato Harun. Berdiri menunggu hampir 1 jam 45 minit, 5 tahun sekali. Tak luak sangat kepenatan yang ditanggung, yang penting calon yang telah diundi berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.

 

Semak dulu saluran undi sebelum beratur mengikut saluran masing-masing

Panjang beratur sakit pinggang belakang .. haha

Jari telunjuk dicelop dengan dakwat sebagai tanda telah selesai mengundi.

PRU14 kali ini agak berlainan tahun-tahun sebelumnya. Kali ini pertandingan 3 penjuru antara PAS – BN – PKR di Dun Taman Medan dan Parlimen Petaling Jaya. Sudah 3 kali aku mengundi termasuk untuk kali ini, namun kali ini aku tak follow isu politik semasa. Sebabnya perbezaan pendapat dan aliran antara PAS dan PKR. Yang menjadi panas adalah pada penyokong parti yang segelintir agak ekstrem dalam berpolitik. Yang merugikan adalah nilai-nilai murni dalam diri. Hormati pendirian dan pendapat orang lain dalam berpolitik adalah lebih baik. Ini kerana “hati” tidak dapat diubah dengan cara kekerasan, lebih-lebih lagi jika dilihat golongan remaja. Apa yang ditonjolkan kita hari ini akan diikuti oleh golongan remaja yang akan mewarisi apa yang kecapi hari ini. Sifat professional perlu diamalkan dalam berkempen lebih-lebih lagi dalam internet.

Untuk kali ini undian aku agak berbeza, ini adalah pemilihan yang telah aku buat. Dun Taman Medan aku memilih PKR iaitu Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan Parlimen memilih PAS iaitu Noraini Hussin.

Semoga 5 tahun lagi perubahan dalam berpolitik akan menyatukan parti pembangkang dalam kemelut dalaman agar rakyat dapat bersatu pada dalam memperbaiki institusi keagamaan, kekeluargaan, kemasyarakatan, ekonomi dan keselamatan negara.