Dari SKSA Ke Shinjiru

Alhamdulillah dengan berkat doa, usaha dan tawakal dalam pencarian kerja. Dapat bekerja disini. Bersyukur padal Allah SWT rezeki makin tambah, mudah-mudahan Allah SWT permudahankan lagi urusan mencari rezeki.

Bermula dimeja ini aku mulakan tugas aku sebagai technical support di Shinjiru.

Kerja disini tidak ada beza dengan SKSA. Cuma beza dari segi cara kerja pengurusan dan network disini lebih advance daripada SKSA. Lebihan kerja tu memang ada, lebih 2 atau 3 kali ganda banyak dari SKSA. Cuma yang buat aku bertahan disini sebab gaji dan elaun diberi memang berbaloi. Untuk hari ini saja dah masuk 3 bulan aku bekerja disini.

Bermula training dalam seminggu, selepas itu terus masuk ke shift support title sebagai Senior Technical Support. Sebelum ini di SKSA sebagai Technical Executives. Banyak perkara baru yang belajar disini, lebih-lebih lagi dengan SOP kerja disini. Semoga Allah SWT berikan aku kekuatan untuk aku terus mencari rezeki untuk keluargaku.

Gambar-gambar team Shinjiru buat photoshoot.

Wahai hati ini, kau berikan aku kekuatan untuk aku belajar dan bekerja semoga hasilnya memberikan kebaikkan padaku didunia dan diakhirat… Amiinnn…