Monthly Archives: January 2018

Yang Hidup Jangan Dilupa Yang Dah Mati

Singgah sebentar di Bukit Tandang. Ziarah pusara arwah Abah. InsyaAllah hari-hari akan aku doakan pada beliau selagi ada hayat dikandung badan. Mengingatkan orang yang dah pergi, buatkan diri ini ingatkan kenangan bersama pada Si Mati, pada Arwah Abah, pakcik makcik dan sahabat-sahabat. Banyak kenangan suka duka bersama mereka yang dah pergi meninggalkan kita. Semoga Allah SWT mengampukan segala dosa-dosa mereka… Amiinnn…

Yang dah pergi tetap pergi. Yang masih tinggal semoga mengingatkan yang dah mati.

Tahun lepas seorang sahabatku telah pergi untuk selamanya. Azrul Yan Saleh, kau aku kenal sejak umur 12 tahun, waktu tu darjah 6. Kau pergi dulu untuk dikenangan pada sahabat yang lain. Mati itu tak kira usia, sampai masa ajal pun menjemput. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita sahabat semua.

Sahabat-sahabat berkumpul diluar surau, menunggu jenazah sampai.

Perjumpaan rakan-rakan selepas tahlil.

Hanya tinggal kenangan gambar untuk ditatap hingga ke akhirnya.

« Older Entries