Monthly Archives: March 2017

Dugaan Demam

Bulan feb/mac 2017, dugaan demam bagi kami sekeluarga. Bermula dari anakku Muhammad Uzair, kemungkinan jangkit dari rakan disekolah Pasti. Berlarutan dengan aku dan hampir-hampir dengan isteri, Alhamdulillah isteri sihat. Selama 5 hari akan demam, 2 hari aku cuti kerja.

Untuk merujuk masalah kesihatan, aku merujuk ke klinik kerajaan. Risau jika dijangkiti demam denggi, untuk kaedah memantau demam denggi dengan menguji kiraan platlet dalam darah. Hanya 2 hari saja aku merujuk dengan klinik kerajaan, selepas itu aku bebas dijangkiti demam denggi. Alhamdulillah.

 

 

Selamat Hari Lahir Uzma

Dah lama tak update blog, hari lahir Nurul Uzma pada 22 Jan 2013. Uzma lahir diklinik bersalin Annur di Shah Alam.
Sambut birthday dirumah Umie. Takde ajak sape-sape pun. Makan sendiri je. 

Kek sepatutnya design Frozen, tapi orang tu salah buat. Jadi spiderman.. Hehe

Uzma dengan Uzair.

Alhamdulillah Nurul Uzma dah umur 4 tahun. Semoga baik budi rohani dan jasmani anakku. Beriman dan beramal soleh dan solehah. 

Amiin…