Ke Pulau Besar, Melaka

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Dapat juga aku hadir ke pulau besar walaupun dari perancangan awal pergi sini dengan kawan-kawan. Disebabkan kawan-kawan ada urusan lain. Aku pergi bersama isteri dan anak-anak dgn seorang kawan iaitu Weldan.

Bertolak dari Taman Dato Harun dalam pukul 9.45am Sampai jeti Anjung Batu dalam 12.00pm.

Harga tiket boat pergi dan balik serta jadual

Harga tiket feri pergi dan balik serta jadual

Disebabkan feri dah bertolak pukul 12pm tadi, feri selepasnya ada pukul 2.30pm. Terpaksa menunggu di jeti sampai feri gerak 2.30pm. Buat sementara menunggu disurau ada dijeti.

Gambar tepi jeti

Gambar tepi jeti

Alhamdulillah dalam pukul 2.00pm, feri dah sedia ambil penumpang. Mungkin awal dia gerak sebab dah ada penumpang yang menunggu lama. Kalau ada 7 orang, boleh naik speed bot. Modal rm100 untuk pergi dan balik. Disebabkan tak cukup orang rasa rugi nak keluar modal rm100.

Suasana dalam feri

Suasana dalam feri

Masa feri dan bertolak air laut dah mula pasang, memang agak mendebarkan bila tak biasa naik feri atau boat dalam keadaan air pasang. Hati memang risau, hanya Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan hingga sampai ke jeti Pulau Besar.

Tak sangka dalam pulau ada tahfiz. Sempat ambil gambar baju sekolah tahfiz.

Tak sangka dalam pulau ada tahfiz. Sempat ambil gambar baju sekolah tahfiz.

Untuk gambar kenangan

Untuk gambar kenangan

Cuaca pulau nampak mendung, tapi tak hujan. Pergerakan pun mudah bersama keluarga. Tempat pertama dituju adalah makam Sheikh Ismail. Walaupun tempat diletakkan papan kenyataan larangan, namun masih ada yang lakukan juga perkara khurafat. Dilihat juga yang bukan beragama Islam datang ke makam untuk perkara yang tidak patut dilakukan. Sedih bila melihat makam Ulama tidak dihormati sebegitu.

Gambar dari jauh makam Sheikh Ismail

Gambar dari jauh makam Sheikh Ismail

Pengangkutan disana ada disediakan van, untuk seorang dewasa rm2. Kanak-kanak percuma. Tapi tak dapat jelajah keseluruhan pulau disebabkan kawasan yang sebelah ditutup. Hanya motor dan pejalan kaki boleh masuk. Ada pemandu van kata, jalan tak berapa elok. Sukar untuk kenderaan lalu disana.

Gambar weldan dimakam Tok Putih.

Gambar weldan dimakam Tok Putih.

Penjaga makam secara sukarela.

Penjaga makam secara sukarela.

Jumpa abang yang jaga makam Tok Janggut dan Tok Putih. Alhamdulillah ada yang jaga kebersihan kawasan ini walaupun tidak bergaji. Dapat juga aku sumbang sedikit,  semoga Allah permudahkan urusan beliau.

Anak - anak bermain tepi pantai

Anak – anak bermain tepi pantai

Leka anak main pasir dekat pokok.

Leka anak main pasir dekat pokok.

Pemandangan tepi pantai, nampak jeti pulau besar.

Pemandangan tepi pantai, nampak jeti pulau besar.

Jambatan menghubungkan jeti ke pulau besar.

Jambatan menghubungkan jeti ke pulau besar.

Dah penat berjalan separuh pulau, menunggu feri datang pukul 5.30pm. Sambil tu berehat dipondok disediakan.

Anak-anak bermain dipondok.

Anak-anak bermain dipondok.

InysaAllah ada rezeki nak datang lagi ke sini untuk jelajah seluruh pulau. Banyak tempat yang tak dapat dilawati disebabkan masa dan anak-anak yang letih agak sukar bergerak.

Alhamdulillah.