Monthly Archives: October 2016

Kedatangan Habib Umar

Aku bersama anakku hadir ke majlis tazkirah di Masjid Negeri, Shah Alam. Sampai dimasjid pada pukul 1130 pagi. Majlis ilmu bermula agak lewat, jika tak silap pukul 1230pm. Dalam jadual ditulis pukul 1 2.00pm .

 

img_20161028_124308

Ramai orang muda yang hadir untuk menerima ilmu dari Habib Umar.

Semoga anakku menjadi pewaris ulama.

Semoga anakku menjadi pewaris ulama.

Nak ajak wefie pun merajuk anak aku ni.

Nak ajak wefie pun merajuk anak aku ni.

InysaAllah ada rezeki akan pergi lagi ke majlis bersama anak-anak serta isteri .

 

Bersih Rohani dan Jasmani

la-ilaha-illa-anta-subhanaka-inni-kuntu-minaz-zalimin

La ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.

Dikala aku alpa denganMu Ya Allah, kau berikan petunjuk . Hanya aku memandang serta menerima dengan hati terbuka atau aku masih leka dengan keenakkan duniawi.

Ya Allah,  Bersihkan rohani dan jasmani ini, untuk aku dapat beribadah dan bekerja.

Ya Allah,  Mudahkan urusan aku dunia dan akhirat.

???

 

Ke Pulau Besar, Melaka

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Dapat juga aku hadir ke pulau besar walaupun dari perancangan awal pergi sini dengan kawan-kawan. Disebabkan kawan-kawan ada urusan lain. Aku pergi bersama isteri dan anak-anak dgn seorang kawan iaitu Weldan.

Bertolak dari Taman Dato Harun dalam pukul 9.45am Sampai jeti Anjung Batu dalam 12.00pm.

Harga tiket boat pergi dan balik serta jadual

Harga tiket feri pergi dan balik serta jadual

Disebabkan feri dah bertolak pukul 12pm tadi, feri selepasnya ada pukul 2.30pm. Terpaksa menunggu di jeti sampai feri gerak 2.30pm. Buat sementara menunggu disurau ada dijeti.

Gambar tepi jeti

Gambar tepi jeti

Alhamdulillah dalam pukul 2.00pm, feri dah sedia ambil penumpang. Mungkin awal dia gerak sebab dah ada penumpang yang menunggu lama. Kalau ada 7 orang, boleh naik speed bot. Modal rm100 untuk pergi dan balik. Disebabkan tak cukup orang rasa rugi nak keluar modal rm100.

Suasana dalam feri

Suasana dalam feri

Masa feri dan bertolak air laut dah mula pasang, memang agak mendebarkan bila tak biasa naik feri atau boat dalam keadaan air pasang. Hati memang risau, hanya Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan hingga sampai ke jeti Pulau Besar.

Tak sangka dalam pulau ada tahfiz. Sempat ambil gambar baju sekolah tahfiz.

Tak sangka dalam pulau ada tahfiz. Sempat ambil gambar baju sekolah tahfiz.

Untuk gambar kenangan

Untuk gambar kenangan

Cuaca pulau nampak mendung, tapi tak hujan. Pergerakan pun mudah bersama keluarga. Tempat pertama dituju adalah makam Sheikh Ismail. Walaupun tempat diletakkan papan kenyataan larangan, namun masih ada yang lakukan juga perkara khurafat. Dilihat juga yang bukan beragama Islam datang ke makam untuk perkara yang tidak patut dilakukan. Sedih bila melihat makam Ulama tidak dihormati sebegitu.

Gambar dari jauh makam Sheikh Ismail

Gambar dari jauh makam Sheikh Ismail

Pengangkutan disana ada disediakan van, untuk seorang dewasa rm2. Kanak-kanak percuma. Tapi tak dapat jelajah keseluruhan pulau disebabkan kawasan yang sebelah ditutup. Hanya motor dan pejalan kaki boleh masuk. Ada pemandu van kata, jalan tak berapa elok. Sukar untuk kenderaan lalu disana.

Gambar weldan dimakam Tok Putih.

Gambar weldan dimakam Tok Putih.

Penjaga makam secara sukarela.

Penjaga makam secara sukarela.

Jumpa abang yang jaga makam Tok Janggut dan Tok Putih. Alhamdulillah ada yang jaga kebersihan kawasan ini walaupun tidak bergaji. Dapat juga aku sumbang sedikit,  semoga Allah permudahkan urusan beliau.

Anak - anak bermain tepi pantai

Anak – anak bermain tepi pantai

Leka anak main pasir dekat pokok.

Leka anak main pasir dekat pokok.

Pemandangan tepi pantai, nampak jeti pulau besar.

Pemandangan tepi pantai, nampak jeti pulau besar.

Jambatan menghubungkan jeti ke pulau besar.

Jambatan menghubungkan jeti ke pulau besar.

Dah penat berjalan separuh pulau, menunggu feri datang pukul 5.30pm. Sambil tu berehat dipondok disediakan.

Anak-anak bermain dipondok.

Anak-anak bermain dipondok.

InysaAllah ada rezeki nak datang lagi ke sini untuk jelajah seluruh pulau. Banyak tempat yang tak dapat dilawati disebabkan masa dan anak-anak yang letih agak sukar bergerak.

Alhamdulillah.

Ziarah Arwah Abah

Pagi jumaat ini, aku keluar awal dari rumah nak ke office. Sampai kubur dalam 9.45 pagi. Terjumpa Weldan di tanah perkuburan dalam kereta menunggu ibunya. Bersembang dengan dia bincang pasal program ahad ini untuk ke pulau besar, melaka. Selanjutnya aku terus ke pusara arwah Abah tercinta.

Batu nisan telah ditukar baru. Untuk mudahkan anak cucuk mencari kubur Abah untuk masa akan datang.

Batu nisan telah ditukar baru. Untuk mudahkan anak cucuk mencari kubur Abah untuk masa akan datang.

Suasana perkuburan sunyi hanya dengar suara angin yang lalu. Aku duduk melihat batu nisan Abah dan sekeliling serta membacakan Al fatihah untuk dihadiahkan pada Abah. Aku sambung kerja membersihkan rumput yang tinggi. Selesai membuang rumput aku lakukan tahlil dan berdoa semoga Allah SWT mudahkan urusan alam kubur dan akhirat Abah.

Selesai bersihkan rumput.

Selesai bersihkan rumput.

Allahuakbar.. Ini destinasi kepada mereka yang hidup akan disini jua.

Allahuakbar.. Ini destinasi kepada mereka yang hidup akan disini jua.

Sebelum balik aku ambil gambar sekeliling kubur, melihat tempat yang aku akan pergi selepas ini. Dunia ini fana yang kekal adalah disana. Sayu hati aku masa meninggalkan tanah kubur, seperti Abah sedih bila aku pergi meninggalkan tanag perkuburan. InysaAllah selagi hayat dikandung badan, selagi hidup masih bernyawa akan aku hadiahkan Al Fatihah pada Abah.

 

 

« Older Entries