Anak-anak ceria
Jumaat 4.30 petang. Sampai di Aeon Jusco Shah Alam. Saja datang ke sini untuk bawa anak-anak ke taman permainan. Hari biasa masuk rm10 untuk seorang kanak-kanak. Waktu adalah tanpa had untuk 1 hari sahaja. Ibubapa dan penjaga masuk percuma. Ini kali kedua masuk ke taman permainan ini.
Seronok lihat Ulya main dalam tu. Teruja sebab banyak bola-bola kecil disekeliling dia.
Uzma leka susun barang permainan ?
Yang paling seronok Uzair. Macam-macam permainan dia main kat sini.
Yang seronok disini, tandas dan surau berdekatan dengan tempat permainan. Jadi ibubapa mudah untuk pergi solat dan ke tandas. Lepas selesai solat maghrib baru checkout dan pergi makan-makan.
Selfie dengan Ulya
InysaAllah ada rezeki bawa anak-anak datang sini lagi.