Monthly Archives: July 2016

Ingress

Dah 2 minggu aku main game ini. Dan ini satu-satunya game dalam android yang lain dari yang lain dalam playstore. Konsep game ini lebih kepada menjaga kawasan yang telah kita tanda sebagai kawasan kita.

Didalam game ini hanya ada 2 pasukan. Team hijau dan team biru.

choose

Mudah permainan game ini,  cuma perlu banyak bergerak ke satu tempat yang ada portal untuk dijajah. Lebih mudah lagi aku bergerak menggunakan motosikal,  nak mencari portal pun mudah.

Profiles aku, baru level 4. Lagi jauh portal kita dapat, lagi cepat level naik.

Profiles aku, baru level 4. Lagi jauh portal kita dapat, lagi cepat level naik.

Ini map kawasan Taman Dato Harun dan Taman Medan. Tapi sayang, kawasan ini telah dikuasai team biru.

Ini map kawasan Taman Dato Harun dan Taman Medan. Tapi sayang, kawasan ini telah dikuasai team biru.

Live chat disediakan, boleh set jarak pengguna mengikut jarak jauh dan dekat pengguna dalam talian.

Live chat disediakan, boleh set jarak pengguna mengikut jarak jauh dan dekat pengguna dalam talian.

wp-1469678384743.png

Setiap portal ada key untuk pengguna dalam melihat keadaan portal dari jarak jauh.

Screenshot_2016-07-28-11-56-26-259_com.nianticproject.ingress

Salah satu senjata digunakan untuk menyerang portal pihak lawan.

Screenshot_2016-07-28-11-56-35-933_com.nianticproject.ingress

Item ini digunakan sebagai nyawa pengguna, ia juga bole digunakan perbaiki portal yang diserang atau nyawa yang berkurangan.

Selain itu,  ada disediakan map untuk pengguna melihat kawasan secara keseluruhan diserata dunia.

Selain itu, ada disediakan map untuk pengguna melihat kawasan secara keseluruhan diserata dunia.

Untuk ulasan,  game ini memang seronok. Cuma perlu keluar tenaga kita untuk bergerak dari setiap kawasan ke kawasan lain. ☺

 

Cuci kusyen kereta

Pagi tadi dalam pukul 10.40 pagi datang tukang service kusyen kereta.  Masa kerja lebih kurang dalam 1 jam 30 minit. Nampak mudah kerja,  tapi rumit untuk mengosok kesan kotor pada kusyen.

Mula dengan membersihkan ruang hadapan pemandu

Mula dengan membersihkan ruang hadapan pemandu

Kusyen depan kotor.

Kusyen depan kotor.

Diruang belakang lagi teruk kesan kotor.

Diruang belakang lagi teruk kesan kotor.

Mencuci selepas selesai sental kusyen dengan berus.

Mencuci selepas selesai sental kusyen dengan berus.

Ini mesin yang digunakan mencuci dan menyedut kotoran pada kusyen.

Ini mesin yang digunakan mencuci dan menyedut kotoran pada kusyen.

Sebelum dan Selepas cuci. 

FB_IMG_1469547265998

FB_IMG_1469547260962

FB_IMG_1469547297414

Air kotor yang disedut pada mesin vacuum.

FB service kusyen

FB service kusyen

Upah rm100. 00,  hasil kerja yang baik dan teliti.

 

MIUI 8 on Lenovo A806

Dah lama tak gunakan android custom rom. Last gunakan custom rom dengan smartphone samsung galaxy s+.  Dengan bantuan rakan office, berjaya juga install.

Walaupun berjam-jam lamanya disebabkan CM12 (CyanogenMod) tak support pada lenovo a806, dan banyak bugs pada CM12 untuk smartphone lenovo a806.  Lebih-lebih lagi line 2G/3G tak dapat digunakan, yang ada cuma Wifi. Patch ada disediakan,   kena ada sedikit perubahan untuk rename folder system. Agak sukar untuk aku hadam step by step yang diajar. Dan akhirnya yang berjaya install dengan menggunakan MIUI versi 8, lebih mudah untuk install pada smartphone ini.

Menggunakan Launcher Smart 3. Launcher MIUI sama seperti stock rom.

Menggunakan Launcher Smart 3. Launcher MIUI sama seperti stock rom.

Simple dan tak berserabut

Simple dan tak berserabut

Menubar sama seperti stock rom,  beza hanya pada warna.

Menubar sama seperti stock rom, beza hanya pada warna.

Screenshot_2016-07-22-22-01-45-310_com.android.settings

Setting pun agak sama seperti stock rom

Screenshot_2016-07-22-22-01-59-669_com.android.settingsBuat masa ini Miui 8 agak stabil pada Lenovo a806.

 

 

Hari Raya Aidilfitri 2016

Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT yang telah berikan nafas untuk hidup dan kesihatan pada tubuh ini. Perjalanan balik ke kampung Bagan Datoh telah selamat pergi dan selamat kembali. Hari ini isnin semula mula kerja dan sekolah seperti rutin biasa. Isteri dan anak-anak sudah ke sekolah. Dan aku sudah mula kerja pada hari raya ke5.

Pagi ini Uzma pertama kali ke sekolah Pasti bersama dengan abang Uzair. Semoga Allah memudahkan urusan pembelajarannya Nurul Uzma.

Berbalik pada  isu raya. Solat hari raya di Masjid Al Islah Kg Sementa. Masjid yang baru siap yang tersergam indah dipagi raya.

IMG_20160706_091720

Masjid Kg Sementa, Kelabu dan Putih warna tema masjid.

IMG_20160706_091728

Selesai solat dan khutbah raya, masing-masing meninggalkan masjid menuju ke rumah dan kampung halaman.

Selepas solat hari raya bergambar bersama keluarga tersayang.

Selepas solat hari raya bergambar bersama keluarga tersayang.

Hari raya pertama selepas solat maghrib terus bergerak balik ke kampung. Dari Kg Sementa ke Bagan Datoh masa perjalanan antara 2 jam 30 minit hingga ke 3 jam. Bergantung pada trafik jalan raya. Sampai Kg Pasang Api dalam pukul 12 malam. Lewat kerana singgah makan di Sg Besar. Di Sg Besar adalah tempat yang biasa berhenti untuk berehat dan mencari makanan.

Pada raya kedua seperti biasa Opah membuat kenduri doa selamat. Sanak saudara sebelah Opah yang hadir memeriahkan lagi suasana raya.

IMG-20160711-WA0003

Lauk dimasak untuk kenduri tahlil dan doa selamat

Gotong royong memasak, tahun ini aku tak menolong. Jaga anak je.. Hehe

Gotong royong memasak, tahun ini aku tak menolong. Jaga anak je.. Hehe

Lepas waktu asar, siap-siap berkemas untuk balik ke Kg Sementa. Tidur semalam di Kg Pasang Api. Sebelum balik beraya di Sg Ular dan Sg Lanchang. Kampung asal mak dan arwah Atuk. Melawat sepupu mak. Dapat ziarah 3 buah rumah. Untuk tahun dan seterusnya tiada lagi ziarah ke Sg Tiang. Sejak arwah Pak Andak Tibin dan tiada. Rumah kampung telah disewa untuk elakkan dari terbiar. Rumah kampung di Sg Tiang banyak kenangan sewaktu beraya dari kecil hingga sekarang. Semua tinggal kenangan. Dalam pukul 9 malam terus bergerak balik ke rumah.

img-20160711-wa0000.jpg

Rumah cik Fattah. Rumah pertama dilawati. Rumahnya di Sg Ular.

img-20160708-wa0006.jpg

Beraya rumah Uda Hussin. Cantik rumah Uda. Uzma siap berlari-lari dalam rumah, sebab ruang tamunya luas.

Last sekali rumah Long Lema. Long Lema dengan Long Mail semakin tua. Alhamdulillah masih boleh beribadah.

Last sekali rumah Long Lema. Long Lema dengan Long Mail semakin tua. Alhamdulillah masih boleh beribadah.

Masjid Sg Lanchang. Gambar tatapan untuk kenangan.

Masjid Sg Lanchang diwaktu hampir senja. Gambar tatapan untuk kenangan bersama.

Semoga kami sekeluarga bertemu lagi bulan Ramadan tahun hadapan, bulan untuk berlipat gandakan ibadah untuk mengejar amalan pahala. Ya Allah, Mulakan hidup kami dengan Iman dan matikan kami dengan Iman. Amiin.