Monthly Archives: May 2016

Belajar Taekwondo

Pagi tadi hantar Uzair ke kelas Taekwondo di Sekolah Keb. Sementa. Kebanyakkan budak-budak yang sertai dah berumur 7 tahun keatas. Jadi Uzair terasa seperti terlalu kecil dibanding dengan semua. Alhamdulillah selesai hingga habis kelas. Uzair nampak agak letih, sebab tenaga kanak-kanak umur 5 tahun hendak dibandingkan dengan umur 7 tahun memang berbeza.

IMG_20160529_084654

Biar tubuh badan kecil, tetapi semangat mesti ada.

IMG_20160529_091523

IMG_20160529_091525

IMG_20160529_091526

Aksi tendangan Uzair.

Uzair belajar 1 ilmu hari ini. InshaAllah minggu depan ada lagi step yang lain. Yang penting rajin belajar dan usaha lebih. Apa yang abah nak Uzair belajar untuk mendisiplinkan diri, fokus pada sesuatu perkara. InshaAllah kelak jadi insan berwibawa untuk Agama Islam dan umat Islam.

 

 

 

KerisKu

Akhirnya aku memiliki juga barang yang aku inginkan sejak dari awal tahun ini. Semua bermula pada awalnya melakukan research berkenaan ilmu kebatinan dan persilatan dalam alam melayu. Alhamdulillah dari kajian dan semakkan aku dapat sedikit ilmu yang tidak seberapa ini.

Untuk keris aku beli dari FB Sufi Saudagar Warisan. Keris bermutu dan cantik hasilnya. Dari mata kasar aku, mmg cantik dan ini juga adalah keris dan senjata pertama aku miliki.

keris Junjung Drajat Anak Sungai

keris Junjung Drajat Anak Sungai

Sebelum ini aku dibayangi dengan kisah keris yang mempunyai khadam atau jin yang duduk didalam atau mendiami dalaman keris. Dan aku sendiri mencari jawapan. Keris adalah satu senjata, secara asalnya tidak berpenunggu atau berkhadam. Namun jika diisi dengan bacaan atau mentera mungkin akan diduduki dalam keris. Ada petua lain yang tidak mendatangkan syirik, adalah dengan melakukan doa dan zikir untuk diberikan perlindungan oleh Allah SWT. Pernah dulu arwah Abah pernah membasuh motor dengan menggunakan air yang dibaca dengan ayat Al Quran sebagai pendinding untuk elakkan kecurian. Ia boleh digunakan untuk keris atau lain barang bergantung pada niat.

Nama keris ini Pamor Junjung Derajat Anak Sungai. Aku agak kurang faham maksud disebalik namanya. Apa yang aku nampak, rupa keris seperti aliran sungai yang mengalir.

IMG-20160518-WA0004

Kecantikkan seni memang terserlah. Seni ukiran melayu memang cantik. Alhamdulillah keris ini telah aku doa berserta dengan zikir, semoga yang baik dapat dimanfaatkannya.

 

Doa Nurun Nubuwwah

Doa ini pertama kali dibaca dan diijazahkan pada aku oleh Ust Halim masa 5 tahun yang lalu. Jarang amalkan doa ini. Tetap bagus diamalkan selepas solat hajat dan solat fardu dan sunat.  Bila baca doa ini teringat pada guru dan juga sahabat iaitu Ust Halim. Hilang begitu saja. Khabarnya telah balik ke kampung di Terengganu. Memang nak jumpa sahabat baik memang susah. Lebih-lebih lagi yang bawa kita beribadah sama.

ea1e93be.jpg

Kali terakhir dengar beliau kena kanser. Memang sedih bila dapat tahu. Sekarang ini aku masih tertanya-tanya. Adakah hidup ataupun telah pergi beliau. Jika beliau masih hidup teringin berjumpa dan berguru dengan beliau. Jika dia dah pergi semoga Allah masukkan dia bersama dengan Orang-Orang Beriman. Amiin..

FB_IMG_1462780773506

Semasa bulan ramadan di Surau Al Islah