Monthly Archives: April 2016

Lampu Dashboard Kereta Menyala

Semalam isteri bawa kereta dgn anak-anak dan adik-adik isteri datang ke rumah mak. Isteri beritahu lampu dashboard menyala. Semalam hari ahad kebanyakkan bengkel kereta tutup. Cuba call pomen nak tanya berkenaan masalah lampu check engine menyala. Pomen cakap ia berkaitan dgn diagnosis dalam engine, perlukan alat untuk check masalah dalam sistem engine.

check_engine_lights

Contoh lampu dashboard pada kereta yang tertera masalah Engine.

Alhamdulillah hasil dari carian google, terjumpa satu blog yang berkongsi pengalaman berkenaan dengan masalah ini. Kebiasaan masalah ini disebabkan ECU yg mengawal sistem engine bermasalah. Namun ada juga masalah kecil dan kecuaian insan yang boleh berlaku masalah ini.

Apa yang dialami oleh aku disebabkan kecuaian insan yang tidak menutup tangki dengan sempurna. Udara berlebihan telah masuk dalam petrol dan engine hingga mengganggu sistem semasa proses pembakaran. Selepas aku buka semula penutup minyak dan tutup kembali dengan ketat, Alhamdulillah masalah lampu check engine yang menyala telah hilang.

Kadang kala disebab kecuaian kecil boleh berlaku masalah lebih besar jika tidak diambil kisah. Semua yang berlaku adalah pengalaman bagi aku. Dan perlu dititik beratkan.

 

Ijtimak Di Masjid Sri Petaling

 

Alhamdulillah Sabtu lepas aku, adik ipar dan rakan dapat menghadirkan diri ke Ijtimak bertempat di Masjid Jamek Sri Petaling. Kehadiran kami adalah untuk memeriahkan lagi suasana disana.

Walaupun suasana panas membahang namun semangat untuk hadir majlis ilmu masih utuh.. ayat gempak.. Haha.

Sampai disana dalam pukul 4.00PM, pekena dulu Sup Daging baru masuk ke Masjid.. Huhu

Sesi Pekena SUP

fb_img_1459685273835.jpg

img_20160402_155958.jpg

img_20160402_163317.jpg

img_20160402_155937.jpg

Suasana dalam masjid. Nasihat Maulana mmg tak benarkan post gambar dan video semasa dalam ijtimak. Tapi aku share satu gambar utk kenangan dlm waktu tazkirah lepas asar.

fb_img_1459685298101.jpg

Gambar diambil oleh Zamir.

InsyaAllah ada rezeki datang lagi.