Monthly Archives: March 2016

Bismillah 5

Sudah hampir setahun aku mengamalkan Bismillah 5. Dah baru-baru ini aku mohon pada Ust Shahrin ijazahkan Bismillah 5. Semoga Bismillah 5 diamalkan menjadi perisai serta dijauhkan kejahatan manusia dan jin, bahaya binatang ganas dan berbisa, kecelakaan dan musibah, serta dijauhkan penyakit berjangkit.

Antara lainnya, Bismillah 5 mudah diamalkan dan dihafal. Kerana ayat tidak terlalu panjang. Biasanya dibaca semasa ingin memandu atau inginkan keselamatan diri.

1501736_576687105744443_1195802876_n.jpg

Ayat Bismillah 5

Antara khasiat Bismillah 5. (Dari laman shafiqolbu.wordpress.com)

Fadhilat Bismillah 5

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1. Menghalang jin dan syaitan

2. Terpelihara dari bahaya dan musuh

3. Penawar pelbagai racun dan bisa.

4. Penawar penyakit gila meroyan.

5. Melegakan bengkak dan benjol.

6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

 

Selamat Beramal 🙂

 

Tasbih Bijih Besi Dari Turki

Alhamdulillah sampai juga tasbih dari Turki ini. 3-4 Hari sudah sampai barang dari Turki, berlaku letupan yang mencederakan dan kematian. Takziah pada keluarga mangsa.

Risau juga barang dari Turki tak sampai, disebabkan keadaan suasana ditebing barat agak tidak stabil dengan krisis peperangan.

Hasil belian dari Ebay. InsyaAllah ada lagi tasbih yang masih belum sampai. Postage dari China. Tapi yang paling terbaik buat masa ini adalah tasbih bijih besi dari Turki 🙂

tasbih1

Cantik dan berkilat tasbih ni.

 

ZIKIR MAASIWALLAH

wp-1457590980622.jpeg

ZIKIR MAASIWALLAH. BACA SETIAP LEPAS SOLAT SUBUH DAN MAGHRIB.

ASTAGHFIRULLAHA MIMMA SIWALLAAH WAKULLI SYAI IN YAQUUL ALLAH.

???bagi mereka yang tak boleh baca dalam tulisan Arab

MAASIWALLAH atau GHAIRULLAH ertinya SESUATU SELAIN DARI ALLAH.

Tuan Hj Mad Pondok Lundang Paku yang mengamalkan amalan ni dan ust menerima dari Guru ust iaitu Tuan Guru Hj Omar Bechah Semak. Jika dibaca…secara otomatis air mata akan mengalir membasahi janggut ust…

Jika kita amal amalan ini..walaupun kita sibuk dengan urus dunia sedikit pun hati kita tak terpaut pd dunia…

Situasi inilah yg kita inginkan. Hati para wali seperti tu…hidup dgn dunia tetapi hati tetap pada ALLAH..