Tayar Kereta Pecah

Semasa Isteriku pulang dari sekolah bersama dengan Anakku, aku terima panggilan dari isteriku yang mengatakan tayar belakang kereta pecah di kawasan Setia Alam. Alhamdulillah takde apa-apa masalah lain. Cuma tayar yang pecah.

Disebabkan isteriku berhenti kereta diluar kawasan Tol Plus, pihak Plus tidak dapat membantu atas alasan diluar kawasan mereka. Tapi nak buat macam mana, dah itu peraturan mereka. Jika dikira-kirakan dari jarak tempat berhenti dengan kawasan Tol Setia Alam jarak lebih kurang dalam 2.5 kilometer jika dikira dengan Google Maps.

Nasib baik ada abg ipar yang datang bantu utk menukar tayar.

IMG-20160106-WA0007

Keadaan tayar yang pecah. Tayar yang ini memang ada masalah, sebab angin selalu kurang jika dibanding tayar lain. Disebabkan tayar spare agak keras, untuk keselesaan aku tukar pada tayar baru.

P_20160106_175633

Kat bengkel Rahmat aku tukar tayar ni. Silverstone harga RM145. Buat masa ni aku puas hati service bengkel rahmat ni.
P_20160106_175602

InsyaAllah akhir tahun atau tahun depan nak tukar tayar baru.