Monthly Archives: January 2016

Tukar Cincin Perak

Ada dalam sebulan aku pakai cincin batu jed ni. Disebabkan ikatan batu tidak kemas dan merosakkan keliling cincin perak, jadi aku tukar pada cincin perak yg lain.

Dari makluman dari sahabat Shan, ada tukang membuat cincin yg murah di taman seri sentosa jalan klang lama. Dalam pukul 330 ptg semalam, aku ke kedai tersebut. Kedai tu dibuka berdekatan dgn nombor ekor. Kelengkapan utk melebur dan acu semula cincin mmg simple. Dan ini pertama kali aku lihat depan mata cara-cara membina sebentuk cincin.

Harga upah buat semula cincin RM30. Jika cincin ditempah sekali dgn perak, harga dalam rm60 atau lebih. Bergantung pada saiz cincin.

Dan ini adalah hasilnya.

PhotoGrid_1453540661886

Harga murah dan buatan cincin sederhana baik.

Dibawah cincin yang lama, dibuat Uptown Shah Alam.

photogrid_1451288350265.jpg

Jika ingin cincin lebih kemas diikat, aku lebih suka pada kedai cincin dekat dengan rumah aku. Walaupun agak mahal sedikit tetapi corak cincin mmg kemas.

InsyaAllah akan datang koleksi cincin lain bakal menyusul.. 🙂

 

 

« Older Entries