Monthly Archives: May 2015

Kisah Abuya Hamka

ULAMA-ulama besar yang sudah menorehkan begitu banyak amal sholeh tak akan pernah mati—walaupun jasadnya sudah dikubur oleh tanah. Itulah yang selalu kita dapatkan dari sosok Buya Hamka dan KH Abdullah syafi’ie.

Siapa yang tidak kenal Buya Hamka, dengan perguruan Al-Azhar dan tafsirnya yang fenomenal? Dan siapa tidak kenal KH Abdullah Syafi’ie, pendiri dan pemimpin Perguruan Asy-Syafiiyah, yang umumnya kiyai Betawi pada hari ini adalah murid-murid beliau?

Meski Buya Hamka adalah tokoh Muhammadiyah, namun ia berkawan baik dengan tokoh NU seperti KH. Abdullah Syafi’ie, ulama kawakan yang juga dijuluki ‘Macan Betawi’ kharismatik.

Di antaranya kisah sederhana Buya Hamka dan KH. Abdullah Syafi’ie ialah toleransi dan lebih mengedepankan ukhuwah Islamiyah.

Kisah ini, sebagaimana yang diceritakan oleh putera beliau, Rusydi Hamka, adalah tentang persoalan khilafiyah seperti qunut, jumlah rakaat tarawih, maupun jumlah adzan shalat jum’at. Meski Buya Hamka boleh dibilang tokoh Muhammadiyah yang tidak mempraktikkan qunut pada shalat subuh, namun beliau menghormati sahabatnya, KH. Abdullah Syafi’ie, ulama yang menyatakan bahwa qunut shalat shubuh itu hukumnya sunnah muakkadah.

Buya Hamka jika hendak mengimami jamaah shalat subuh, suka bertanya kepada jamaah, apakah akan menggunakan qunut atau tidak. Dan ketika jamaah minta qunut, tokoh dan penasihat Muhammadiyah inipun mengimami shalat subuh dengan qunut.

Dalam kesempatan lain tentang masalah adzan dua kali. Suatu ketika di hari Jumat, KH. Abdullah Syafi’ie mengunjungi Buya di masjid Al-Azhar, Kebayoran Jakarta Selatan. Hari itu menurut jadwal seharusnya giliran Buya Hamka yang jadi khatib. Karena sahabatnya datang, maka Buya minta agar KH. Abdullah Syafi’ie saja yang naik menjadi khatib Jumat.

Yang menarik, tiba-tiba adzan Jumat dikumandangkan dua kali, padahal biasanya di masjid itu hanya satu kali adzan. Rupanya, Buya menghormati ulama betawi ini dan tahu bahwa adzan dua kali pada shalat Jumat itu adalah pendapat sahabatnya. Jadi bukan hanya mimbar Jumat yang diserahkan, bahkan adzan pun ditambahkan jadi dua kali, semata-mata karena ulama ini menghormati ulama lainnya.

Begitu pula tentang jumlah rakaat tarawih. Buya Hamka ketika mau mengimami shalat tarawih, menawarkan kepada jamaah, mau 23 rakaat atau mau 11 rakaat. Jamaah di masjid Al-Azhar pada saat itu memilih 23 rakaat, maka beliau pun mengimami shalat tarawih dengan 23 rakaat. Esoknya, jamaah minta 11 rakaat, maka beliau pun mengimami shalat dengan 11 rakaat.

Sumber Islampos.com

FB_IMG_1432167500470

Kata-kata beliau bersahaja, namun maksudnya amat mendalam bila difahami. 

Malam Tadi Punya Cerita

Malam tadi lepas makan aku bersiap basikal yg disimpan dalam bonet kereta. Dah lama juga beberapa minggu aku tak berbasikal area Kampung Sementa ni. Biasanya aku suka berbasikal waktu redup dan malam, sbb cuaca tak panas dan juga kurang gunakan tenaga.

Basikal masih lagi keadaan baik walaupun semalam tayar depan agak kempes. Mungkin nnt kena tukar tiub baru, sbb tiub ni agak susah pam. Dan basikal sudah bersedia.

P_20150519_220426

Dalam kepekatan malam ini, mmg kena berhati-hati dari segala aspek. Lebih2 lagi dijalan ni, kadang2 ada haiwan berbisa yg lalu dihadapan. Dan kadang2 hati ni risau juga disebalik pokok dan tepi jalan. Ini semua aku ingin lalui utk menguatkan sifat keberanian dalam diri. Selebihnya Doa utk pendinding diri.

P_20150519_220854

Walaupun aku seorang saja, tapi aku rasa puas dgn hobi ini.

Denda Di Zaman Aku Sekolah

Zaman sekolah telah lama berlalu, namun kenangan dalam memori ini tidak dapat dilupakan. Ia akan kekal hingga akhir hayat kita semua. 16hb Mei 2015 adalah Hari Guru. Hari yg disambut utk para guru disetiap sekolah. Isteri juga seorang pendidik disekolah agama. Maka Isteri juga seorang guru yg mendidik anak dibangku sekolah rendah agama.

Apa yg buatkan ingin ditulis adalah melihat dari perkongsian dari laman Facebook berkenaan denda yg pernah aku lalui dizaman sekolah dulu. Sekolah sekarang belum pasti adakah denda seperti ini boleh dilakukan.

Disebabkan denda ini juga aku tidak jemu utk bersekolah. Sebab Mak Abah dan rakan-rakan adalah semangat utk terus bersekolah. Ia semua sudah berlalu bagaikan mimpi.

Gambar yg dikongsikan dibawah adalah benda yg pernah aku lalui kesemuanya. Bila lihat balik gambar tu, buat aku tersenyum sendiri. Hingga aku merasakan aku berada didalam gambar tu.. Hehe.

FB_IMG_1432049691203

FB_IMG_1432049694127

FB_IMG_1432049698222

FB_IMG_1432049702503

FB_IMG_1432049714638

FB_IMG_1432049717365

FB_IMG_1432049720160

FB_IMG_1432049722822

FB_IMG_1432049725769

FB_IMG_1432049728520

FB_IMG_1432049731278

FB_IMG_1432049734457

FB_IMG_1432049740034

FB_IMG_1432049743134

Semuanya tinggal kenangan dizaman sekolah.

ziarah saudara dan bercuti

3 hari 2 malam tempoh waktu bersama keluarga ziarah keluarga di Manjung, Pulau Pangkor dan Teluk Intan. Bertolak dari Kampung Sementa selepas solat asar.

Dari Kampung Sementa terus ke Manjung, tidur dirumah Mak Su. Esok pagi tertolak ke Pulau Pangkor menziarah saudara yg meninggal dunia iaitu Pakcik yg berkahwin dgn adik kepada Abah ku, tetapi berlainan Mak. Arwah Atok kahwin 3 rasanya.

Semasa dalam bot atau feri, sempat bergambar dgn keluargaku.

P_20150514_110558_1

Ticket untuk pergi dan balik rm10 utk dewasa. Kanak-kanak kecil percuma.

P_20150515_154106

Sudah sampai ke jeti Pulau Pangkor. Mmg ada perubahan dari segi jeti ini. Nampak menarik daripada dahulu.

P_20150514_115829

Dari Jeti terus naik van pergi ke Teluk Kecik, disana rumah Makcik. Waktu aku sampai Jeti Pangkor dalam 11.40am. Waktu tu jenazah dah selamat dikebumikan. Semoga Allah ampunkan semua dosa dari kecik hingga ia sudah pergi ke dunia ini. Amiin.

Selepas proses pengkebumian. Adalah makan-makan adik beradik. Walaupun lauk biasa tapi seronok sebab lama tak jumpa saudara.

P_20150514_153708

Sambil makan dapat lihat permandangan tepi pantai. Inilah jeti nelayan dan pantai Pangkor.

P_20150514_142823

P_20150514_142842

Hanya sekejap saja di Pulau Pangkor, selepas asar bertolak ke Lumut. Singkat waktu, disebabkan faktor kewangan dan masa, terpaksa balik ke Lumut utk pergi ke Teluk Intan melawat Opah.

Sebelum balik singgah tandas diluar jeti Lumut. Masuk 50sen, dalam tandas mmg menarik dan bersih. Lebih menarik bila dalam tandas ada sangkar burung yg besar.

P_20150514_182528

P_20150514_182545

Bertolak dari Lumut ke Pangkor dalam 7.00pm. Dalam waktu tu masih Musafir, solat jamak memudahkan utk bergerak ke sana sini. Tidur rumah Pak Ngah isteri. Pak Ngah pun sakit, patah kaki sebab jatuh tangga. Alhamdulillah Opah dah keluar hospital, jadi terus melawat dirumah Pak Ngah.

Hari jumaat pagi tu aku ronda-ronda Kampung Bahagia, Teluk Intan dgn naik basikal. Bawa dekat je, kalau jauh sangat nanti letih pula. Petang jumaat dah nak balik.

P_20150515_102112

Pak Ngah ni kadi kat kawasan Kampung Bahagia. Nak kahwin jumpa dia.

P_20150515_102153

Petang tu nak balik singgah bandar Teluk Intan. Takde tempat lain nak pegi. Pergi ke Menara Condong Teluk Intan.

P_20150515_164756

Uzair dan aksinya

P_20150515_164844

Balik singgah makan cendol area sabak bernam. Cendol durian takde.. hampa.

P_20150515_185357

Semua selamat kembali ke rumah. Esok kerja seperti biasa. Alhamdulillah semua baik.

« Older Entries