Monthly Archives: March 2015

Realiti Kerja Dalam Bidang IT

Screenshot_2015-01-29-00-06-48_1

Ini yang berlaku hari ini bidang IT yang dulu dikatakan meluas, namun akan datang akan ada kekurang dari segi saluran bidang IT. Namun begitu rezeki dari Allah swt tu luas lagi. Ada juga mereka yg lari dari bidang yg mereka lalui dgn bidang yg jauh dari apa mereka belajar sebelum ini.

 

Apa pun jika ada kemahuan, disitu ada jalan. Dan inilah realiti hidup dalam dunia IT.

 

 

Kerja Dalam Stress

Dalam bulan ini adalah bulan yg banyak aku lambat dtg kerja. Mungkin selama aku kerja disini. Inilah paling teruk pernah aku buat.

Prestasi kerja merosot dan semangat utk kerja takde. Apa yang aku alami mungkin sebab faktor sekeliling yg tak banyak membantu.

Dalam keadaan negara yg serba tak menentu, bukan mudah utk mencari kerja dgn imbuhan yg sama dgn apa yg kita dapat. Melainkan berkelulusan tinggi dan pengalaman yg banyak. Namun pada diri ini, mmg bukan perkara yg mudah.

Semangat yg ada utk rezeki keluarga tersayang. Satu tanggungjawab dan amanah yg perlu dilakukan. Ya Allah, aku berserah kepadaMu. Moga bukakan jalan rezeki ini baik utk AgamaKu, KeluargaKu dan Umat Islam. Amiin..

Koleksi Mainan AnakKu

2 hari lepas aku belikan Iron Man utk Uzair. Sebelum tu Kak Elly ada belikan dia Spiderman. Aku beli dikedai yg sama, Comic Paradise Sunway Pyramid. Cadangnya nak cari koleksi utk simpanan aku, tapi Uzair juga yg dapat…

P_20150314_144409

Walaupun mainan ni tiruan, tp material bahan binaan mainan mcm original. Memang keras dan tahan lasak. Harga rm29.90, berbaloi dgn harga dan barangnya.

MH370 sudah setahun berlalu

Sedar tak sedar, peristiwa MH370 sudah setahun berlalu semalam. Aku baru perasan bila buletin utama tv3 mengingati peristiwa tersebut. Namun mangsa dan bangkai pesawat masih tak dijumpai hingga akhir ini.

Apa yg lebih malang bila Malaysia dijadikan kambing hitam atas sebab persengkataan kuasa besar. Malaysia jadi mangsa keadaan atas sebab pemimpin yg lemah.

Kerja yang melakukan hijacked pada pesawat MH370 sudah tentu bukan calang-calang orang. Hingga radar disetiap negara gagal menangkap lokasi sebenar pesawat tersebut. Tapi Allah SWT. Maha berkuasa dan mengetahui apa yg terjadi dimuka bumi.

InsyaAllah satu hari nanti kita semua akan dapat tahu dan dirungkai peristiwa ini. Hanya menunggu masa tiba..

« Older Entries